Kepentingan elemen beat sheet dalam struktur naratif filem aksi

Rosli Sareya and Zairul Anuar Md Dawam and Dayang Maryama Ag Daud and M Fazmi Hisham and Addley Bromeo Bianus (2017) Kepentingan elemen beat sheet dalam struktur naratif filem aksi. In: Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017 (INSAN2017), 1-2 November 2017, Ayer Keroh, Melaka Malaysia.

[img] Text
Kepentingan elemen beat sheet dalam struktur naratif filem aksi.pdf
Restricted to Registered users only

Download (372kB)
[img] Text
Kepentingan elemen beat sheet dalam struktur naratif filem aksi _ABSTRACT.pdf

Download (59kB)

Abstract

Kajian ini akan merungkaikan kepentingan elemen beat sheet dalam sesebuah filem aksi. Penggunaan beat sheet adalah bertujuan untuk mengetahui elemen dan struktur naratif dalam sesebuah adegan yang seterusnya menyokong dalam membangunkan sesebuah filem genre aksi. Kaedah kualitatif yang digunakan adalah untuk menentukan elemen beat sheet dalam sesebuah cerita. Black Snyder’s (2010) menyarankan bahawa elemen-elemen skrip yang juga dipanggil sebagai beat sheet perlu dihasilkan dengan lebih tersusun dan sempurna untuk memastikan penghasilan sesebuah skrip filem yang berkualiti dan seterusnya mampu menjadikan sesebuah filem itu mencapai kutipan box office semasa tayangannya. Stail adalah melihat kepada bahasa filem yang digunakan dalam sesebuah adegan yang merangkumi audio, shot, penyuntingan dan aspek mise en scene yang lain. Namun elemen beat sheet harus dititikberatkan oleh penulis skrip dalam penghasilan sesebuah filem. Penulis skrip harus peka dan tahu susunan elemen beat sheet dalam sesebuah filem agar penceritaan sesebuah filem mencapai matlamat yang diinginkan. Pelbagai kajian telah dibuat berhubung dengan penghasilan skrip filem di Malaysia. Namun tiada penekanan pada elemen beat dalam sesebuah filem. Justeru, artikel ini akan memfokuskan kepada kepentingan elemen beat sheet dan struktur naratif dalam sesebuah skrip filem aksi. Analisis dilakukan dengan membincangkan secara lebih terperinci berdasarkan kepada kaedah analisis menerusi penontonan berterusan dengan melihat secara stop motion iaitu meneliti frame by frame gambar dalam setiap adegan di dalam beberapa buah filem aksi luar Negara.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keyword: Struktur naratif , Elemen , Beat sheet , Stail , Shot
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1993-1999 Motion pictures > PN1997-1997.85 Plays, scenarios, etc.
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 05 Aug 2022 08:32
Last Modified: 05 Aug 2022 08:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33570

Actions (login required)

View Item View Item