Kewajaran penggunaan istilah al-Dhimmi terhadap non Muslim di Malaysia: satu analisis

Khairul Azhar Meerangani and Syamsul Azizul Marinsah and Rushdi Ramli (2017) Kewajaran penggunaan istilah al-Dhimmi terhadap non Muslim di Malaysia: satu analisis. Jurnal Pengajian Islam, 10. pp. 40-53. ISSN 1823-7126 (P-ISSN) , 0127-8002 (E-ISSN)

[img] Text
Kewajaran penggunaan istilah al-dhimmi terhadap non Muslim di Malaysia_ satu analisis.pdf
Restricted to Registered users only

Download (225kB) | Request a copy
[img] Text
Kewajaran penggunaan istilah al-dhimmi terhadap non Muslim di Malaysia_ satu analisis _ABSTRACT.pdf

Download (58kB)

Abstract

Malaysia merupakan antara negara majmuk yang mempunyai rakyat pelbagai bangsa dan agama di bawah satu pentadbiran yang sama. Konsep demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia memperlihatkan kepentingan rakyat yang terlibat secara langsung dalam sistem pemerintahan negara. Namun begitu, persoalan berkaitan kedudukan setiap warganegara terutamanya golongan non Muslim sering menjadi tumpuan perbincangan para sarjana Muslim yang masih lagi mengaplikasikan model kewarganegaraan berdasarkan sistem pemerintahan khilafah yang sudah pun tidak dipraktikkan lagi pada masa kini. Kajian ini akan menilai kewajaran penggunaan istilah al-dhimmi sebagai status kewarganegaraan golongan non Muslim di Malaysia dengan meneliti peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan hal ehwal Non Muslim serta prinsip kenegaraan Islam yang diperkembangkan oleh para sarjana klasik dan kontemporari. Berdasarkan analisis yang dilakukan, kajian mendapati penggunaan istilah al-dhimmi bagi merujuk warganegara non Muslim kurang bersesuaian dengan konteks semasa sistem pemerintahan yang dijalankan di Malaysia berdasarkan tiga faktor iaitu latar belakang dan implikasi semasa penggunaan istilah tersebut serta perubahan kepada asas penetapan kewarganegaraan di Malaysia. Dalam hal ini, istilah al-muwatin sebenarnya lebih sesuai dan selaras dengan sistem pemerintahan negara.

Item Type: Article
Keyword: Warganegara , Non Muslim , Perlembagaan Persekutuan , Al-Dhimmi , Al-Muwaṭin
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM711-806 Groups and organizations > HM756-781 Community
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 02 Aug 2022 10:39
Last Modified: 02 Aug 2022 10:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33613

Actions (login required)

View Item View Item