Penggunaan Group Whatsapp dalam Pengurusan Sahsiah dan Aktiviti Pelajar di Kolej Kediaman: Emosi, Kelakuan, Norma

Syahruddin Ag. Ahmad (2022) Penggunaan Group Whatsapp dalam Pengurusan Sahsiah dan Aktiviti Pelajar di Kolej Kediaman: Emosi, Kelakuan, Norma. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7. pp. 1-10. ISSN 2504-8562

[img] Text
Penggunaan Group Whatsapp dalam Pengurusan Sahsiah dan Aktiviti Pelajar di Kolej Kediaman.pdf

Download (39kB)
[img] Text
Penggunaan Group Whatsapp dalam Pengurusan Sahsiah dan Aktiviti Pelajar di Kolej Kediaman1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (314kB) | Request a copy

Abstract

Media sosial kian mendapat tempat dalam kalangan warga negara ini malah juga penduduk seantero dunia. Ia berfungsi sebagai mediaum yang dapat menghubungkan seseorang dengan seseorang atau kumpulan manusia lain pada satu-satu masa dengan tujuan yang tertentu. Pilihan untuk memuat naik maklumat, pendapat, gambar dan bahan multimedia menjadikan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp dan Wechat berguna dan sudah tentu memudahkan urusan perkongsian maklumat dalam kalangan ahli-ahli komuniti yang menggunakan teknologi media sosial tersebut. Justeru, Model Tetingkap EKNI (TtEKNI) digunakan oleh penyelidik untuk menzahirkan gambaran aktiviti wacana di group whatsapp yang dijayakan oleh admin yang berkenaan dan ahli-ahli group whatsapp yang berkenaan. TtEKNI dapat memberikan gambaran tentang aktiviti wacana dari sudut maklumat tentang bingkai pendapat individu terutama tentang ciri-ciri pendapat dari sudut corak dan aliran, tona negatif dan positif serta istilah yang mengaitkan pihak pengurusan kolej, organisasi pelajar di kolej kediaman dan pelajar-pelajar yang menghuni kolej kediaman yang berkenaan. Model EKNI atau TtEKNI dapat merumuskan sikap, kelakuan dan kepercayaan ahli-ahli dalam lima group whatsapp terhadap mesej berkaitan sahsiah dan aktiviti pelajar dalam satu-satu perbualan di group whatsapp yang dikaji. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa, maklumat yang dikongsi dan diproses seterusnya diberikan maklumbalas oleh warga kolej kediaman Excellence (E) menerusi lima group whatsapp telah memberikan impak yang positif kepada rangka kerja pengurusan kolej kediaman ini secara keseluruhan.

Item Type: Article
Keyword: Media Sosial , Group whatsapp , Model Tetingkap EKNI , TtEKNI , Pengurusan kolej kediaman
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion
H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM711-806 Groups and organizations
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 02 Aug 2022 15:39
Last Modified: 02 Aug 2022 15:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33642

Actions (login required)

View Item View Item