Analisis struktur plot dalam filem cereka animasi 3d pertama di Malaysia

Imelda Ann Achin and Addley Bromeo Bianus (2017) Analisis struktur plot dalam filem cereka animasi 3d pertama di Malaysia. Jurnal Kinabalu, 23. pp. 141-156. ISSN 2600-867X

[img] Text
Analisis struktur plot dalam filem cereka animasi 3d pertama di Malaysia.ABSTRACT.pdf

Download (56kB)
[img] Text
ANALISIS STRUKTUR PLOT DALAM FILEM CEREKA ANIMASI 3D PERTAMA DI MALAYSIA.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Seiring dengan perkembangan teknologi, beberapa bidang turut mengalami perubahan khususnya dalam industri penerbitan animasi dunia. Pengaplikasian teknologi masa kini tidak menjamin penghasilan produk filem yang berkualiti, sebaliknya bergantung kepada penceritaan yang menarik. Sejajar dengan itu, kajian terhadap struktur plot pada filem animasi Malaysia dilakukan dalam memberi gambaran terhadap struktur plot filem animasi di Malaysia. Gustav Freytag (1863) telah memperkenalkan model yang menekankan kepada elemen dramatik dalam struktur plot yang dikenali sebagai Five Act Structure. Elemen-elemen ini terdiri daripada exposition, rising action, klimaks, falling action dan denouement. Setiap satu diwakili sebagai tindakan di dalam sebuah karya. Pengkaji menggunakan pendekatan Freytag Pyramid dalam menganalisis struktur plot dalam filem animasi Seefood (2012). Sebelum melakukan analisis, pengkaji terlebih dahulu memecahkan cerita kepada adegan-adegan menggunakan Frame Accurate Cinemetrics Tool (FACT) bagi memudahkan proses mengenal pasti jumlah adegan dan syot yang terdapat dalam filem animasi tersebut. Seterusnya, pendekatan model Freytag Pyramid digunakan bagi mendapatkan gambar rajah struktur plot secara terperinci. Kajian terhadap struktur plot yang terdapat dalam filem animasi Seefood diharapkan dapat membantu pembikin filem animasi akan datang menggarap sebuah penceritaan yang mampu menyaingi filem cereka animasi antarabangsa.

Item Type: Article
Keyword: Freytag pyramid , Struktur plot , Filem animasi , Malaysia , Seefood
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1993-1999 Motion pictures
T Technology > TR Photography > TR1-1050 Photography > TR845-899 Cinematography. Motion pictures
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 09 Aug 2022 11:32
Last Modified: 09 Aug 2022 11:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33681

Actions (login required)

View Item View Item