Pengenalpastian corak taburan penyakit tuberkulosis menggunakan sistem maklumat geografi (GIS) di Mukah, Sarawak

Oliver Valentine Eboy and Kho Shiau Hong (2022) Pengenalpastian corak taburan penyakit tuberkulosis menggunakan sistem maklumat geografi (GIS) di Mukah, Sarawak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7. pp. 192-203. ISSN 2504-8562

[img] Text
Pengenalpastian corak taburan penyakit tuberkulosis menggunakan sistem maklumat geografi (GIS) di Mukah, Sarawak.ABSTRACT.pdf

Download (56kB)
[img] Text
Pengenalpastian corak taburan penyakit Tuberkulosis menggunakan sistem maklumat Geografi (GIS) di Mukah, Sarawak.pdf
Restricted to Registered users only

Download (743kB) | Request a copy

Abstract

Penyakit tuberculosis merupakan salah satu penyakit berjangkit yang boleh disebar melalui udara. Ia dijangkit oleh bakteria Mycobacterium apabila seseorang individu bersin atau batuk. Penyakit ini boleh sembuh dengan mengikuti rawatan yang telah dijalankan dengan mengambil tempoh masa yang panjang. Sistem survelan penting dalam pengawalan dan pencegahan penyakit tuberkulosis dengan mengaplikasikan GIS ke dalam bidang kesihatan. Dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti corak taburan tuberkulosis di daerah Mukah. Kajian ini melibatkan tiga teknik analisis GIS iaitu analisis Mean Center, analisis Hot Spot dan analisis Moran’I. Kajian ini melibatkan data tuberkulosis tahun 2017 bagi kawasan daerah Mukah. Hasil kajian ini mendapati bahawa kes tuberkulosis bagi golongan lelaki adalah lebih tinggi berbanding dengan golongan perempuan. Sehubungan dengan itu, berdasarkan taburan tuberkulosis mendapati bahawa kes tuberkulosis adalah tinggi di kawasan bandar berbanding di luar bandar Mukah. Analisis mean center telah menunjukkan pusat purata terletak kawasan pinggir bandar. Taburan bagi penyakit ini adalah bersifat rawak. Kawasan titik panas terletak berhampiran dengan bandar Mukah. Hasil paparan daripada teknik analisis GIS menunjukkan bahawa ia adalah penting sebagai salah satu tindakan kepada pakar perancang dalam menentukan aktiviti pencegahan penyakit tuberkulosis di daerah Mukah.

Item Type: Article
Keyword: Sistem Maklumat Geografi , GIS , Penyakit tuberkulosis , Analisis pusat purata , Analisis hotspot , Analisis Moran’s
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA643-645 Disease (Communicable and noninfectious) and public health
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 09 Aug 2022 16:58
Last Modified: 09 Aug 2022 16:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33692

Actions (login required)

View Item View Item