Penglibatan pertubuhan sukarela wanita dalam program pembangunan sosioekonomi wanita di Sabah, 1968–1998

Siti Aidah Lukin @ Lokin and Arba’iyah Mohd Noor (2018) Penglibatan pertubuhan sukarela wanita dalam program pembangunan sosioekonomi wanita di Sabah, 1968–1998. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 227. pp. 147-168. ISSN 1511-1989 (P-ISSN) , 2590-4086 (E-ISSN)

[img] Text
Penglibatan pertubuhan sukarela wanita dalam program pembangunan sosioekonomi wanita di sabah, 1968–1998.ABSTRACT.pdf

Download (57kB)
[img] Text
Penglibatan pertubuhan sukarela wanita dalam program pembangunan sosioekonomi wanita di sabah, 1968–1998.pdf
Restricted to Registered users only

Download (301kB) | Request a copy

Abstract

Artikel ini memberi fokus kepada penglibatan pertubuhan sukarela wanita dalam program pembangunan sosioekonomi wanita di Sabah dari tahun 1968 sehingga 1998. Pertubuhan sukarela wanita yang dimaksudkan ialah Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) dan Pertubuhan Wanita Sabah (PEWASA), iaitu dua buah pertubuhan sukarela wanita yang terkenal di Sabah dan keahliannya terbuka kepada kaum wanita pelbagai etnik serta agama. Selepas kemerdekaan Sabah pada 1963, negeri ini telah menyaksikan pelbagai program yang dirancang oleh pihak kerajaan dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat termasuklah usaha membangunkan kaum wanitanya. Dalam tempoh 1968–1998, PPS dan PEWASA begitu giat melibatkan kaum wanita dalam program-program pembangunan sosioekonomi wanita. Penglibatan kedua-dua pertubuhan sukarela wanita ini dalam pembangunan sosioekonomi wanita di Sabah dapat dikesan menerusi kegiatan-kegiatan yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan ini dari semasa ke semasa meliputi program-program pembangunan wanita dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kesihatan. Maklumat tentang penglibatan PPS dan PEWASA dalam program-program pembangunan sosioekonomi wanita ini diperoleh daripada laporan-laporan kegiatan pertubuhan, fail-fail persendirian, laporan akhbar dan temu bual dengan pemimpin pertubuhan berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua pertubuhan ini menjadi salah satu saluran penting yang memudahkan agenda pembangunan sosioekonomi pihak kerajaan sampai kepada kumpulan sasaran iaitu kaum wanita Sabah. Menerusi kajian ini juga akan dapat mengetengahkan kepada umum tentang penglibatan pertubuhan sukarela wanita dalam program pembangunan sosioekonomi wanita di samping membantu pihak kerajaan dalam melaksanakan agenda pembangunan yang berterusan terhadap golongan wanita di Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Pertubuhan sukarela , Program pembangunan , Sosioekonomi , Wanita Sabah
Subjects: H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ1101-2030.7 Women. Feminism
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Aug 2022 08:32
Last Modified: 11 Aug 2022 08:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33702

Actions (login required)

View Item View Item