Pencapaian Barisan Nasional (BN) di kawasan parlimen dan DUN majoriti pengundi kaum Cina di negeri Sabah: Satu analisis perbandingan pru-13 dan PRU-14

Mohd. Noor Mat Yazid and Md. Saffie Abd. Rahim (2019) Pencapaian Barisan Nasional (BN) di kawasan parlimen dan DUN majoriti pengundi kaum Cina di negeri Sabah: Satu analisis perbandingan pru-13 dan PRU-14. Jurnal Kinabalu. pp. 271-289. ISSN 2600-867X

[img] Text
Pencapaian Barisan Nasional (BN) di kawasan parlimen dan DUN majoriti pengundi kaum Cina di negeri Sabah.ABSTRACT.pdf

Download (142kB)
[img] Text
Pencapaian barisan nasional (bn) di kawasan parlimen dan dun majoriti pengundi kaum cina di negeri sabah, satu analisis perbandingan pru-13 dan pru-14.pdf
Restricted to Registered users only

Download (344kB) | Request a copy

Abstract

Artikel ini membincangkan dan menganalisis pencapaian Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai majoriti pengundi kaum Cina di negeri Sabah dalam PRU-13 dan PRU-14. Sebelum PRU 2008, kedudukan BN adalah kukuh di semua kawasan Parlimen dan DUN majoriti kaum Cina di negeri Sabah. Kesemua kawasan Parlimen dan DUN majoriti kaum Cina dikuasai oleh BN dengan kukuh, tetapi mulai PRU 2008 dan PRU 2013, keadaan telah berubah. Dalam PRU 2008, sokongan pengundi kaum Cina terhadap BN mula menurun. Walaupun pihak Democratic Action Party (DAP) hanya berjaya memenangi satu kawasan Parlimen dan satu kawasan DUN dalam PRU 2008, tetapi sokongan pengundi terhadap BN telah menurun. Dalam PRU-13, Mei 2013 sokongan kepada pembangkang khususnya DAP telah meningkat. Dua buah kawasan parlimen, iaitu P.172 Kota Kinabalu dan P.186 Sandakan telah dimenangi oleh calon DAP, manakala empat kawasan DUN, iaitu N.14 Likas, N.16 Luyang, N.19 Kepayan dan N.57 Sri Tanjong telah dikuasai oleh DAP. Sebuah kerusi DUN majoriti pengundi kaum Cina juga dikuasai oleh PKR, iaitu N.15 Api-Api. Parti-parti pembangkang menguasai tujuh kerusi kesemuanya di kawasan majoriti kaum Cina, iaitu dua buah kawasan Parlimen dan lima kawasan DUN. Objektif kajian ini adalah bagi melihat kedudukan BN di kawasan majoriti pengundi kaum Cina dalam PRU-14, iaitu sama ada mengalami perubahan dengan apa yang dicapai dalam dua pilihan raya lepas (PRU 2008 dan 2013), kedudukan yang terkini parti-parti komponen BN di kawasan majoriti kaum Cina melalui PRU-14 serta apakah faktor yang dapat menjelaskan kenapa berlaku sedemikian? Kajian ini menggunakan analisis kualitatif berasaskan data sekunder (buku, akhbar dan sebagainya) dan data primer (pemerhatian dan temu bual). Hasil kajian ini merumuskan bahawa terdapat perubahan besar pengundi kaum Cina, khususnya di kawasan majoriti pengundi kaum Cina, sama ada di kawasan DUN atau kawasan Parlimen. Semua kawasan pengundi kaum Cina gagal dikuasai oleh calon BN, sebaliknya dikuasai oleh Parti DAP atau parti-parti politik dalam kerjasama Pakatan Harapan (PH). Majoriti yang diperoleh calon DAP adalah sangat besar. Sokongan yang sangat lemah diperoleh oleh calon BN. Trend yang berlaku di Sabah ini adalah sama dengan apa yang berlaku di negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu dan Sarawak. Kedudukan negeri Sabah sebagai ‘simpanan tetap’ bagi BN sudah tidak lagi wujud. Sekali gus, perubahan politik yang berlaku di Sabah ini menyumbang kepada perubahan yang berlaku dalam pembentukan kerajaan pusat. Dengan maklumat dan hasil penemuan kajian ini, parti-parti politik yang berkaitan, khususnya BN yang sekian lama berkuasa di negeri Sabah dapat menggunakannya dalam menganalisis kedudukan dan strategi serta perancangan bagi kepentingan dalam PRU akan datang.

Item Type: Article
Keyword: PRU-14 , Etnik , Cina , Majoriti , Sabah
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-1852 Asia
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Aug 2022 08:11
Last Modified: 15 Aug 2022 08:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33704

Actions (login required)

View Item View Item