Aplikasi Lughat al-Faṣl dalam pengajaran Bahasa Arab using Lughat al-Faṣl in teaching Arabic language

Mohamad Ziyad Mukhtar and Saini Ag. Damit (2017) Aplikasi Lughat al-Faṣl dalam pengajaran Bahasa Arab using Lughat al-Faṣl in teaching Arabic language. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 26. pp. 153-183. ISSN 1511-1989

[img] Text
Aplikasi Lughat al-Faṣl dalam pengajaran Bahasa Arab using Lughat al-Faṣl in teaching Arabic language.ABSTRACT.pdf

Download (77kB)
[img] Text
Aplikasi Lughat al-Faṣl dalam Pengajaran Bahasa Arab Using Lughat al-Faṣl in Teaching Arabic Language.pdf
Restricted to Registered users only

Download (778kB) | Request a copy

Abstract

Penggunaan bahasa Arab dalam proses pengajaran adalah penting bagi memahirkan murid berbahasa. Persekitaran berkomunikasi bahasa Arab yang baik boleh diwujudkan melalui aplikasi Lughat al-Faṣl secara ekspresif dan berkesan. Lughat al-Faṣl ialah perkataan atau ungkapan mudah yang mengandungi arahan, soalan, peneguhan dan larangan dalam Bahasa Arab yang selalu digunakan oleh guru sebagai bahasa perantaraan menyampaikan isi kandungan pelajaran ketika berinteraksi dengan murid dalam kelas. Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis-jenis Lughat al-Faṣl yang digunakan guru dan halangan yang dihadapi dalam mengaplikasi Lughat al-Faṣl dalam PdP Bahasa Arab di sekolah rendah. Di samping itu, kajian ini juga mengetengahkan beberapa langkah dan cadangan untuk memperbaiki amalan Lughat al-Faṣl guru dan mengatasi halangan interaksi lisan tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan pemerhatian dan protokol temu bual sebagai instrumen kajian. Peserta kajian terdiri daripada empat orang guru bahasa Arab sekolah rendah. Pemerhatian ke atas pengajaran guru dilaksanakan bagi mengenal pasti jenis Lughat al-Faṣl yang digunakan guru. Manakala temu bual pula dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan halangan aplikasi Lughat al-Faṣl semasa melaksanakan PdP. Penganalisisan data dilakukan dengan membuat transkrip pengajaran dan temu bual berdasarkan rakaman yang dibuat. Hasil kajian mendapati terdapat tujuh jenis Lughat al-Faṣl yang digunakan guru dan mengenal pasti beberapa halangan yang dihadapi oleh guru ketika mengaplikasikan Lughat al-Faṣl dalam PdP Bahasa Arab termasuk halangan dari segi personaliti dan sikap guru, kelayakan guru dan persekitaran komunikasi bahasa Arab. Dapatan dari pemerhatian dan temu bual juga telah mencadangkan beberapa cara penyelesaian untuk guru mengatasi semua halangan tersebut.

Item Type: Article
Keyword: Lughat al-Faṣl , Interaksi lisan , Jenis LF , Halangan , Cadangan
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC251-951 Moral and religious education > LC321-951 Religion and education. Education under church control > LC901-915 Islamic education
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > PJ1-(9500) Oriental philology and literature > PJ6001-8517 Arabic > PJ6073-7144 Language
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Aug 2022 11:07
Last Modified: 11 Aug 2022 11:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33714

Actions (login required)

View Item View Item