Legasi Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (DSSA) di Parlimen Semporna dalam Pru-14

Nordin Sakke and Md Saffie Abd Rahim and Ramli Dollah and Amrullah Maraining and Wan Shawaluddin Wan Hassan and Fadilah Sarbi (2018) Legasi Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (DSSA) di Parlimen Semporna dalam Pru-14. Jurnal Kinabalu (eJK). pp. 143-169. ISSN 1394

[img] Text
Legasi Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (DSSA) di Parlimen Semporna dalam Pru-14.ABSTRACT.pdf

Download (58kB)
[img] Text
LEGASI DATUK SERI MOHD. SHAFIE APDAL (DSSA) DI PARLIMEN SEMPORNA DALAM PRU-14.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Semporna merupakan sebuah daerah maritim yang terletak di bahagian pantai timur Sabah. Pada PRU-14, pandangan penganalisis banyak bertumpu ke Semporna kerana reformasi politik Sabah telah bermula di daerah ini rentetan keluarnya DSSA daripada UMNO dan menubuhkan Parti Warisan. Ramai berpandangan bahawa tindakan DSSA ini sebagai menggali lubang kubur sendiri dan bakal menamatkan hayat politiknya yang telah dibina sejak 1995. Namun keputusan PRU-14 menyatakan sebaliknya, malahan beliau berjaya ditabalkan sebagai Ketua Menteri Sabah. Oleh itu, makalah ini cuba meneliti sejarah penglibatan politik DSSA yang menyebabkan beliau berjaya menonjolkan legasinya walaupun terpaksa berhadapan dengan legasi mentornya, Tun Sakaran. Bagi memahami isu ini, keputusan pilihan raya bermula PRU-9 dianalisis bersama dengan analisis kandungan laporan media-media on-line. Melalui analisis ini, didapati DSSA merupakan watak penting dalam politik Semporna. Ini ditunjukkan dengan jumlah undi popular dalam PRU yang disertainya kekal di atas paras 70 peratus. Walaupun rakyat Semporna sinonim dengan USNO dan UMNO tetapi perpindahan DSSA kepada parti baharu iaitu Warisan, tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadapnya. Ini dibuktikan dengan jumlah majoriti undi yang diperoleh semasa PRU-13 dan PRU-14 adalah hampir sama iaitu sekitar 20,000 undi. Tambahan pula, parti DSSA mampu mengekalkan undi popular sebanyak 74.2 paeratus di DUN Senallang dan 75.4 peratus di DUN Bugaya apabila berhadapan legasi Tun Sakaran.

Item Type: Article
Keyword: Pilihan raya , PRU-14 , DSSA , Semporna , Parlimen
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-1852 Asia
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Aug 2022 11:36
Last Modified: 11 Aug 2022 11:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33722

Actions (login required)

View Item View Item