Hegemoni Barisan Nasional (BN) di Parlimen Silam: Analisis ke atas keputusan PRU-11 hingga PRU-14

Nordin Sakke and Ramli Dollah and Wan Shawaluddin Wan Hassan and Fadilah Sarbi and Adi Jafar (2018) Hegemoni Barisan Nasional (BN) di Parlimen Silam: Analisis ke atas keputusan PRU-11 hingga PRU-14. Jurnal Kinabalu. pp. 243-269. ISSN 1394-4517

[img] Text
Hegemoni Barisan Nasional (BN) di Parlimen Silam, Analisis ke atas keputusan PRU-11 hingga PRU-14.ABSTRACT.pdf

Download (58kB)
[img] Text
HEGEMONI BARISAN NASIONAL (BN) DI PARLIMEN SILAM, ANALISIS KE ATAS KEPUTUSAN PRU-11 HINGGA PRU-14.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Hegemoni BN di Silam termasuk Sabah bermula apabila UMNO berjaya melebarkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1994. Klimaks kepada hegemoni ini ialah apabila Sabah menerima jolokan simpanan tetap kerana kemampuannya menyelamatkan BN daripada rebah angkara tsunami politik yang dikesan bermula pada 2004. Namun, isu-isu berkaitan peningkatan kos sara hidup, kadar pengangguran dalam kalangan anak muda, masalah kleptokrasi dalam kalangan ahli politik dan ledakan media sosial telah merubah landskap politik luar jangka menyebabkan hegemoni BN tersungkur pada PRU-14. Oleh itu, makalah ini melihat kejayaan BN mengekalkan hegemoni di Parlimen Silam dan bagaimana hegemoni ini berjaya ditamatkan oleh parti non-BN, terutamanya Warisan. Untuk merungkaikan masalah ini, keputusan pilihan raya bermula daripada PRU-11 dan siaran-siaran akhbar dianalisis. Di samping itu, kajilidikan lapangan dilakukan bagi mengesah dan mengukuhkan dapatan. Hasil analisis menunjukkan bahawa faktor pengekalan hegemoni BN sebelum PRU-14 banyak dipengaruhi oleh faktor nasional dan kekuatan jentera BN yang kukuh di samping ejen-ejen kerajaan berjaya digunakan untuk memberi gambaran yang baik terhadap BN. Namun, PRU-14 BN dikuburkan di P.188 Silam termasuk ketiga-tiga DUN di dalamnya iaitu N.49 Tungku, N.50 Lahad Datu dan N.51 Kunak. Puncanya ialah isu-isu yang dihadapi oleh kerajaan berjaya dipersepsi secara buruk oleh kebanyakan media sosial yang dilihat anti-BN menyebabkan berlakunya perubahan sikap rakyat terutamanya pengundi muda di saluran 3, 4 dan 5.

Item Type: Article
Keyword: Pilihan raya , BN , PRU-14 , Hegemoni , Silam
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-1852 Asia
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Aug 2022 11:38
Last Modified: 11 Aug 2022 11:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33723

Actions (login required)

View Item View Item