Hubungan Persekutuan-Negeri di Sabah pasca PRU14: Prospek, isu dan cabaran

Ramli Dollah and Eko Priytno Joko and Nordin Sakke and Suhaimi Salleh and Mohammad Faizal Rashid (2019) Hubungan Persekutuan-Negeri di Sabah pasca PRU14: Prospek, isu dan cabaran. Jurnal Kinabalu. pp. 351-381. ISSN 2600-867X

[img] Text
Hubungan Persekutuan-Negeri di Sabah pasca PRU14, Prospek, isu dan cabaran.ABSTRACT.pdf

Download (58kB)
[img] Text
Hubungan Persekutuan-negeri Di Sabah Pasca Pru14, Prospek, Isu Dan Cabaran.pdf
Restricted to Registered users only

Download (383kB) | Request a copy

Abstract

Sejak pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018, ramai yang melihat bahawa kerajaan pusat di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) cuba menggunakan segala mekanisme yang ada untuk mewujudkan kawalan yang ketat ke atas negeri. Dalam masa yang sama berusaha untuk menumpukan kuasa di Kuala Lumpur/Putrajaya. Oleh itu, artikel ini cuba untuk melihat perkembangan pasca PRU-14 di Malaysia dengan menumpukan kepada hubungan negeri Sabah dan Persekutuan. Selain daripada beberapa isu hangat yang mendominasi hubungan persekutuan-negeri sejak beberapa dekad di bawah pentadbiran BN, para penulis menghujahkan bahawa terdapat beberapa isu lain yang perlu diberikan perhatian dalam memastikan kelangsungan pemerintahan negeri di bawah gabungan Parti Warisan Sabah (PWS)-Pakatan Harapan (PH)-UPKO (PWS-PH-UPKO). Dalam hal ini, para penulis berhujah bahawa, berdasarkan kepada pengalaman PRU-14, kelangsungan Kerajaan Negeri ditentukan oleh dua faktor utama; luaran dan dalaman. Faktor luaran merujuk kepada bagaimana dasar-dasar yang dijalankan oleh Kerajaan Pusat mempengaruhi persepsi rakyat kepada pentadbiran kerajaan negeri. Manakala, faktor dalaman merujuk kepada sejauh mana kerajaan negeri berjaya melaksanakan dasar-dasar yang memberi kesan kepada penduduk negeri Sabah. Oleh itu, artikel ini menghujahkan bahawa cabaran lebih besar menanti dalam hubungan negeri-persekutuan pasca PRU-14 terutamanya dalam memastikan kelangsungan pemerintahan di peringkat negeri dan persekutuan.

Item Type: Article
Keyword: Negeri , Persekutuan , Sabah , Kelangsungan , Malaysia
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-1852 Asia
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Aug 2022 14:37
Last Modified: 11 Aug 2022 14:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33725

Actions (login required)

View Item View Item