Hubungan intergenerasi: Kesan sokongan emosi dan sosial anak dewasa dalam penjagaan warga tua

Nurul Hudani Md Nawi and Getrude Cosmas and Puteri Hayati Megat Ahmad and Dahlan A. Malek and Habibie Ibrahim and Peter Voo Su Kiong (2018) Hubungan intergenerasi: Kesan sokongan emosi dan sosial anak dewasa dalam penjagaan warga tua. Jurnal Kinabalu, 24. pp. 241-270. ISSN 2600-867X

[img] Text
Hubungan intergenerasi, Kesan sokongan emosi dan sosial anak dewasa dalam penjagaan warga tua.ABSTRACT.pdf

Download (59kB)
[img] Text
Hubungan intergenerasi, Kesan sokongan emosi dan sosial anak dewasa dalam penjagaan warga tua.pdf
Restricted to Registered users only

Download (515kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sokongan psikologi dan sosial ke atas hubungan intergenerasi dalam kalangan anak dewasa yang menjaga warga tua (ibu bapa) dalam komuniti pelbagai etnik di Sabah. Objektif kajian adalah untuk mengkaji pengaruh sokongan emosi dan sosial ke atas hubungan intergenerasi antara penjaga dengan golongan tua. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini. Terdapat 200 soal selidik yang boleh digunakan daripada 250 responden yang terdiri daripada orang dewasa muda yang memainkan peranan sebagai penjaga orang tua. Tiga set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik Parent-Child Interaction Questionnaire-Revised (PACHIQ-R) (Lange, 2001) bagi mengukur hubungan intergenerasi dan soal selidik The Emotional Support Scale (ESS) yang dibangunkan oleh Hisada, Seng dan Minoguchi (1989) bagi mengukur sokongan psikologi, manakala Social Support Questionnaire (SSQ) oleh Sarason, Levine dan Basham (1983) bagi mengukur sokongan sosial telah dijalankan ke atas responden dalam kalangan anak dewasa di Sabah. Analisis perisian smartPLS 2.0, iaitu analisis Partial Least Square Structural Equation Modeling (PLS-SEM) digunakan untuk menguji pengaruh antara pemboleh ubah. Dapatan ini menunjukkan kedua-dua bentuk sokongan, iaitu psikologi dan sosial memberi sumbangan dalam mempengaruhi hubungan intergenerasi. Selain itu, dapatan kajian turut melaporkan penjaga yang tinggal di luar bandar mempunyai hubungan intergenerasi yang lebih baik berbanding dengan yang tinggal di kawasan bandar. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan bagi menghasilkan satu modul atau polisi bagi menjamin kesejahteraan penjaga dan juga warga tua pada masa hadapan yang perlu dilaksanakan secara holistik dan bersepadu berpandukan Dasar Warga Tua Negara (DWEN).

Item Type: Article
Keyword: Hubungan intergenerasi , Emosi , Dewasa , Warga tua
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ755.7-759.92 Parents. Parenthood Including parent and child, husbands, fathers, wives, mothers
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Aug 2022 09:42
Last Modified: 15 Aug 2022 09:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33752

Actions (login required)

View Item View Item