Penyertaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Sabah: Penelitian ke atas pola pengundian, pendekatan berkempen dan persepsi masyarakat

Mohamad Shaukhi Mohd Radzi and Syahruddin Awang Ahmad and Nordin Sakke (2018) Penyertaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Sabah: Penelitian ke atas pola pengundian, pendekatan berkempen dan persepsi masyarakat. Jurnal Kinabalu. pp. 437-463. ISSN 2600-867X

[img] Text
Penyertaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Sabah, Penelitian ke atas pola pengundian, pendekatan berkempen dan persepsi masyarakat.ABSTRACT.pdf

Download (58kB)
[img] Text
Penyertaan parti islam se-Malaysia (pas) dalam pilihan raya umum ke-14 (pru-14) di Sabah, Penelitian ke atas pola pengundian, pendekatan berkempen dan persepsi masyarakat.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta dan analisis data sekunder ke atas pendekatan kempen dan pola pengundian akar umbi terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu menyaksikan persaingan sengit antara PAS Sabah dengan parti-parti politik lain di negeri ini. Tahap sokongan yang sederhana dan kemampuan untuk menarik sokongan pengundi yang agak terbatas kepada masyarakat Islam dan segelintir penyokong bukan beragama Islam di negeri ini membuktikan wujudnya laluan berliku yang telah diharungi PAS Sabah dalam merealisasikan ‘anak sulung’ untuk PRU kali ini. Corak sokongan yang tidak menyeluruh secara relatif juga menunjukkan bahawa masyarakat Islam khasnya dan bukan Islam amnya di negeri ini perlu dibimbing dan diperbetulkan persepsi mereka terhadap kemampuan sebenar agama Islam sebagai landasan kehidupan yang hakiki. Kejelasan aspirasi ‘gagasan sejahtera’ sebagai manifesto PAS adalah baik untuk semua rakyat berbilang kaum dan agama tetapi selagi mandat untuk memerintah negeri ini masih belum diperoleh oleh Parti yang sudah lama bertapak di negara ini, maka selagi itulah kebaikan yang dibawa oleh Islam melalui PAS tidak dapat direalisasikan. Justeru, pendekatan kempen yang berteraskan harakah Islamiah serta ‘muwajahah silmiyyah’ amat penting untuk dipertingkatkan kaedah dan salurannya demi menghebahkan mesej berkenaan dengan nilai-nilai Islam untuk semua rakyat di negeri ini. Usaha ini perlu diperkemas khusus untuk PAS Sabah menanamkan keyakinan masyarakat berbilang kaum di negeri ini agar seiring dengan perjuangannya. Kelebihan yang ada pada PAS adalah pengalaman yang luas dalam mengendalikan pendekatan Ceramah Kelompok dan sudah tentu aplikasi Facebook melalui kempen maya. Aspek ini jika diberikan perhatian dengan memasukkan idea-idea pembangunan ekonomi dan sosial di Sabah seharusnya berupaya memperkukuhkan strategi dan taktik kempen parti ini untuk berjaya meraih undi lebih besar dalam PRU-15 yang akan datang.

Item Type: Article
Keyword: Pola pengundian , Harakah Islamiah , Persepsi , Ceramah kelompok , Kempen maya
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-1852 Asia
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Aug 2022 09:43
Last Modified: 15 Aug 2022 09:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33753

Actions (login required)

View Item View Item