Peranan ‘peristiwa’ dalam pembentukan identiti: Peristiwa Tanduo 2013 dan pembentukan identiti masyarakat Suluk (Tausug) di Sabah

Ramli Dollah and Zaini Othman and Wan Shawaluddin Wan Hassan and Salmie Jemon (2018) Peranan ‘peristiwa’ dalam pembentukan identiti: Peristiwa Tanduo 2013 dan pembentukan identiti masyarakat Suluk (Tausug) di Sabah. Jurnal Kinabalu, 23. pp. 21-42. ISSN 2600-867X

[img] Text
Peranan ‘peristiwa’ dalam pembentukan identiti, Peristiwa Tanduo 2013 dan pembentukan identiti masyarakat Suluk (Tausug) di Sabah.ABSTRACT.pdf

Download (55kB)
[img] Text
Peranan ‘peristiwa’ dalam pembentukan identiti, peristiwa tanduo 2013 dan pembentukan identiti masyarakat suluk (tausug) di sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (327kB) | Request a copy

Abstract

Elemen bukan fizikal merupakan elemen utama dalam pembentukan sempadan, terutamanya pembentukan sempadan identiti sesuatu kumpulan. Namun, artikel ini melihat bahawa pembentukan sempadan bukan fizikal ini tidak boleh difahami sebagai satu proses semula jadi kerana ia merupakan elemen yang dibentuk oleh proses tertentu. Dalam hal ini, penulis melihat bahawa salah satu daripada elemen penting yang membawa kepada wujudnya wacana hegemoni dalam pembentukan sempadan identiti ini adalah melalui elemen ‘peristiwa’. Oleh itu, artikel ini membincangkan bahawa peristiwa Tanduo di Sabah merupakan ‘tragedi’ identiti masyarakat Tausug di negeri ini kerana peristiwa ini mewujudkan kebenaran sosial dalam kalangan masyarakat yang akhirnya membawa kepada imej negatif masyarakat Suluk di negeri Sabah. Jelasnya, pembentukan imej negatif ini terhasil daripada fungsi ‘peristiwa’ tersebut dan menyebabkan ia menjadi salah satu fakta yang tidak dapat disangkal kebenarannya. Akibatnya, masyarakat Suluk dilihat sebagai ‘bermasalah’, ‘perlu dijauhi’, ‘berbahaya’ dan seterusnya membawa kepada pembentukan pelbagai kategori Tausug yang sebelum ini berada dalam satu kategori yang sama. Dalam hal ini, penulis melihat jika sempadan fizikal boleh diperkukuhkan melalui peningkatan ketenteraan, artikel ini melihat pembentukan dasar-dasar yang berguna perlu dimainkan oleh badan-badan bukan kerajaan, ahli-ahli politik dan sebagainya terutamanya dalam mengurus persepsi yang berlaku ini.

Item Type: Article
Keyword: Identiti , Sabah , Tanduo , Suluk , Sempadan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 16 Aug 2022 15:37
Last Modified: 16 Aug 2022 15:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33811

Actions (login required)

View Item View Item