Sabah Sarawak keluar Malaysia (SSKM): Hala tuju selepas PRU-14

Mohammad Saiful Sinring and Anantha Raman Govindasamy (2018) Sabah Sarawak keluar Malaysia (SSKM): Hala tuju selepas PRU-14. Jurnal Kinabalu. pp. 411-435. ISSN 2600-867X

[img] Text
Sabah Sarawak keluar Malaysia (SSKM), Hala tuju selepas PRU-14.ABSTRACT.pdf

Download (60kB)
[img] Text
Sabah sarawak keluar malaysia (sskm), hala tuju selepas pru-14.pdf
Restricted to Registered users only

Download (393kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini adalah untuk memahami perkembangan fahaman gerakan pemisahan yang digerakkan oleh sebuah organisasi dikenali Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM). Sejak SSKM ditubuhkan tahun 2011, gerakan ini telah mendapat sambutan yang baik terutama dalam kalangan golongan muda yang inginkan hak yang lebih adil terutamanya dari segi ekonomi dan politik kepada dua negeri di Malaysia. Fokus utama kajian ini adalah untuk melihat faktor-faktor yang telah mendorong penubuhan SSKM, strategi-strategi yang telah diguna pakai untuk menarik sokongan kepada kumpulan ini dan akhir sekali membincangkan masa depan SSKM selepas pilihan raya umum yang ke-14 (PRU-14). Melalui kaedah perpustakaan, data-data sekunder yang berkaitan dengan SSKM akan dianalisis untuk menjawab objektif kajian yang telah ditetapkan. Dapatan awal kajian ini menunjukkan bahawa SSKM ini telah di manipulasi oleh kumpulan-kumpulan tertentu untuk mendapatkan ‘political mileage’ di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, kemenangan parti tempatan, iaitu Parti Warisan dalam PRU-14 di Sabah dan pembentukan Gabungan Sarawak telah menjadikan tuntutan-tuntutan SSKM ini tidak disokong oleh majoriti masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Item Type: Article
Keyword: SSKM , PRU-14 , Perjanjian Malaysia , Hak Sabah , Hak Sarawak
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 16 Aug 2022 15:45
Last Modified: 16 Aug 2022 15:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33817

Actions (login required)

View Item View Item