Legasi Sekaran Dandai dalam politik Semporna: Perkembangan dan kejatuhan pada Pilihan Raya Umum ke-14

Md Saffie Abdul Rahim and Mohd Noor Mat Yazid (2018) Legasi Sekaran Dandai dalam politik Semporna: Perkembangan dan kejatuhan pada Pilihan Raya Umum ke-14. Jurnal Kinabalu. pp. 47-76. ISSN 2600-867X

[img] Text
Legasi Sekaran Dandai dalam politik Semporna, Perkembangan dan kejatuhan pada Pilihan Raya Umum ke-14.ABSTRACT.pdf

Download (64kB)
[img] Text
Legasi sakaran dandai dalam politik semporna, perkembangan dan kejatuhan pada pilihan raya umum ke-14.pdf
Restricted to Registered users only

Download (372kB) | Request a copy

Abstract

Sakaran Dandai merupakan pemimpin politik berpengaruh di Semporna. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semporna sejak 1967 sehingga tahun 1994 dan Ahli Parlimen Semporna sejak 1974 sehingga tahun 1990. Dalam tempoh masa berkenaan, beliau bukan sahaja mampu mengekalkan pengaruh dan kuasanya dalam politik Semporna, malahan berjaya menjawat pelbagai jawatan tertinggi politik di peringkat negeri dan persekutuan. Setelah dilantik sebagai Tuan Yang Dipertua (TYT) Negeri Sabah pada Januari 1995 dan bersara dari politik, anak beliau, Nasir Sakaran dipilih menjadi penerus legasi beliau. Nasir Sakaran menjadi ADUN Semporna pada tahun 1994. Walau bagaimanapun, pengaruh Nasir Sakaran tidak konsisten sehinggalah beliau kalah dalam PRU-14 pada tahun 2018. Kekalahan ini menyebabkan berakhirnya 50 tahun legasi kepimpinan Sakaran Dandai dalam politik Semporna. Justeru, objektif utama artikel ini ialah menganalisis perkembangan kepimpinan legasi Sakaran Dandai dalam politik Semporna serta sebab legasi kepimpinan tersebut gagal dipertahankan pada PRU-14 tahun 2018. Bagi mencapai objektif ini, kaedah penyelidikan perpustakaan dan temu bual dilakukan. Kaedah penyelidikan perpustakaan dilakukan dengan merujuk sumber sekunder dalam bentuk surat khabar yang diperoleh di Arkib Negeri Sabah serta sumber-sumber sekunder lain seperti jurnal dan buku yang diperoleh di perpustakaan universiti dan negeri. Temu bual digunakan bagi membolehkan usaha dokumentasi fakta yang tidak terdapat dalam bentuk penulisan diperoleh. Melalui analisis dan kaedah penyelidikan yang digunakan, kajian ini mendapati bahawa legasi Sakaran Dandai dapat dikekalkan selama 50 tahun disebabkan kepimpinannya yang masih dianggap signifikan bagi pandangan masyarakat Semporna. Walau bagaimanapun, legasi berkenaan tidak kekal relevan sehingga 2018 disebabkan ciri-ciri kepimpinan beliau yang tidak diwarisi oleh legasi kepimpinan selepasnya selain berlakunya perubahan ciri-ciri politik semasa menjelang PRU-14 di Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Pilihan Raya Umum , Legasi kepimpinan , Politik Semporna
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-1852 Asia
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 16 Aug 2022 15:48
Last Modified: 16 Aug 2022 15:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33818

Actions (login required)

View Item View Item