Tinjauan literatur kesan pandemik Covid-19 terhadap kelangsungan keusahawanan kraf tradisional skala kecil dalam pelancongan domestik Di Sabah

Siti Aidah Lukin @ Lokin and Jabil Mapjabil and Zuraidah Jamrin and Halina Sendera Mohd. Yakin and Suraya Sintang (2020) Tinjauan literatur kesan pandemik Covid-19 terhadap kelangsungan keusahawanan kraf tradisional skala kecil dalam pelancongan domestik Di Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 5. pp. 63-73. ISSN 0128-1755

[img] Text
Tinjauan Literatur Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Kelangsungan Keusahawanan Kraf Tradisional Skala Kecil Dalam Pelancongan Domestik Di Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (273kB)
[img] Text
Tinjauan Literatur Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Kelangsungan Keusahawanan Kraf Tradisional Skala Kecil Dalam Pelancongan Domestik Di Sabah _ABSTRACT.pdf

Download (64kB)

Abstract

Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac 2020 hingga 28 April 2020 bagi memutuskan rangkaian jangkitan wabak COVID-19 selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak ini sebagai pandemik yang amat berbahaya terhadap keselamatan nyawa manusia. Industri pelancongan merupakan industri yang paling awal terjejas ketika pelaksanaan PKP dan yang paling lambat pulih selepas PKP ditamatkan. Industri pelancongan domestik di Sabah khususnya pelancongan berasaskan warisan budaya tempatan yang melibatkan keusahawanan kraf tradisional skala kecil amat terkesan dengan perintah PKP ini. Kajian literatur menunjukkan penyelidikan yang terhad dilakukan tentang ancaman wabak terhadap industri pelancongan domestik. Sebaliknya kajian lebih tertumpu kepada aspek pemulihan dan pengurusan krisis pandemik. Kajian ini cuba mengenal pasti kesan yang dihadapi oleh usahawan kraf tradisional skala kecil dalam tempoh PKP sehinggalah pasca pandemik COVID-19 di Sabah khususnya di daerah Kota Belud, Keningau, Tenom dan Kuala Penyu. Daripada penelitian kesan tersebut kajian ini seterusnya akan mengenal pasti strategi yang diamalkan, dirancang dan dicadangkan oleh usahawan dalam memperkasa pelancongan domestik dalam tempoh PKP sehinggalah pasca pandemik COVID-19. Hasil kajian akan mencadangkan langkah strategi pengurusan risiko dan krisis penularan wabak COVID-19 serta pandemik lain yang boleh dibangunkan untuk memperkasa usahawan kraf tradisional skala kecil pada masa akan datang. Justeru, kajian ini cuba menggunakan pendekatan tinjauan literatur yang berkaitan dengan kesan pandemik COVID-19 terhadap kelangsungan keusahawanan kraf tradisional skala kecil dalam pelancongan domestik di Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Kelangsungan , Kraf tradisional , Pandemik Covid-19 , Pelancongan domestik
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 16 Aug 2022 16:03
Last Modified: 16 Aug 2022 16:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33827

Actions (login required)

View Item View Item