Aksesibiliti pengangkutan awam (bas) di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Saravanan Sundara Sakaran and Harifah Mohd Nor and Oliver Valentine Eboy (2019) Aksesibiliti pengangkutan awam (bas) di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kinabalu, 25. pp. 21-46. ISSN 2600-867X

[img] Text
Aksesibiliti pengangkutan awam (bas) di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.ABSTRACT.pdf

Download (54kB)
[img] Text
Aksesibiliti Pengangkutan Awam (Bas) Di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Aksesibiliti pengangkutan awam merupakan satu indikator penting dalam mengukur perancangan pengangkutan dan juga turut memainkan peranan penting dalam pergerakan penduduk khususnya di sesebuah bandar. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kekerapan dan mod perkhidmatan bas awam yang menggunakan laluan utama untuk ke pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Sumber primer melalui pemerhatian langsung di lokasi kajian dan temu bual mendalam secara berstruktur diaplikasikan dalam penyelidikan ini untuk mendapatkan data kekerapan bas awam agar aksesibiliti bas awam di Bandaraya Kota Kinabalu dapat diperhatikan. Hasil kajian menunjukkan terdapat kemudahan perkhidmatan bas berhenti-henti dan bas mini di kesemua laluan utama menuju ke pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Penemuan ini membuktikan Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai aksesibiliti yang baik menerusi perkhidmatan pengangkutan awamnya. Namun, terdapat beberapa isu aksesibiliti perkhidmatan bas awam di laluan utama menuju ke pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Antaranya ialah kekerapan perkhidmatan bas awam yang tidak seimbang pada waktu puncak dan waktu normal. Bukan itu sahaja, terdapat juga laluan utama yang tidak mempunyai perkhidmatan bas awam sama sekali dan isi ini kurang mendapat pemantauan daripada pihak yang bertanggungjawab. Secara tidak langsung, situasi ini akan memberi kesan kepada aksesibiliti seseorang yang ingin bergerak dari satu destinasi ke destinasi di Bandaraya Kota Kinabalu. Hasil dapatan penyelidikan ini dapat membantu pihak berkuasa untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan bas awam di Bandaraya Kota Kinabalu pada masa yang akan datang.

Item Type: Article
Keyword: Aksesibiliti , Pengangkutan awam , Pusat bandaraya , Kota Kinabalu
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications > HE1-9990 Transportation and communications > HE1001-5600 Railroads. Rapid transit systems
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 17 Aug 2022 08:45
Last Modified: 17 Aug 2022 08:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33835

Actions (login required)

View Item View Item