Peranan perkahwinan campur dalam memupuk hubungan etnik yang harmoni di Sabah

Sharifah Darmia Sharif Adam (2019) Peranan perkahwinan campur dalam memupuk hubungan etnik yang harmoni di Sabah. In: Prosiding Persidangan Serantau Peradaban dan Etnik (PERSEP 2019), 24-25 October 2019, INTAN Kampus Sabah.

[img] Text
Peranan perkahwinan campur dalam memupuk hubungan etnik yang harmoni di Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (124kB) | Request a copy
[img] Text
Peranan perkahwinan campur dalam memupuk hubungan etnik yang harmoni di Sabah _ABSTRACT.pdf

Download (59kB)

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan tentang peranan perkahwinan campur dalam memupuk hubungan etnik yang harmoni di Sabah. Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri daripada lebih kurang 41 kumpulan etnik dan subkumpulan etnik yang dikelaskan sebagai bumiputera dan bukan bumiputera. Etnik di Sabah menggunakan hampir 50 bahasa dan menuturkannya dalam 80 dialek masingmasing. Selain itu, masyarakat pelbagai etnik di Sabah juga mempunyai agama dan amalan adat tradisi yang berbeza menjadikannya sebuah negeri yang unik. Keunikan masyakat di Sabah turut dapat dilihat melalui perkahwinan campur yang telah menjadi lambang keharmonian jalinan hubungan antara etnik di negeri tersebut. Perkahwinan campur biasanya berlaku antara kumpulan etnik bumiputera atau antara kumpulan etnik bumiputera dengan etnik lain. Oleh itu, perbincangan dalam kertas kerja ini difokuskan terhadap sejauhmanakah peranan perkahwinan campur dapat memupuk hubungan etnik yang harmoni di Sabah. Kajian kertas kerja ini dibuat menggunakan pendekatan analisis kualitatif dan menggunakan kaedah kajian arkib serta kajian perpustakaan untuk memperoleh sumber maklumat kajian. Kajian ini akan menghasilkan satu analisis yang dapat digunakan sebagai rujukan untuk menambah baik atau merangka polisi lebih baik khususnya dalam perkara yang memberikan manfaat terhadap usaha mewujudkan hubungan antara etnik yang harmoni di Sabah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keyword: Hubungan etnik , Perkahwinan campur , Harmoni , Sabah
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 17 Aug 2022 10:48
Last Modified: 17 Aug 2022 10:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33841

Actions (login required)

View Item View Item