Pengkomersialan budaya Orang Sungai melalui ekopelancongan: Faktor kejayaan dan limitasi

Rosazman Hussin (2016) Pengkomersialan budaya Orang Sungai melalui ekopelancongan: Faktor kejayaan dan limitasi. Jurnal Kinabalu, 18. pp. 19-31. ISSN 2600-867X

[img] Text
Pengkomersialan budaya Orang Sungai melalui ekopelancongan, Faktor kejayaan dan limitasi.ABSTRACT.pdf

Download (60kB)
[img] Text
Pengkomersialan budaya Orang Sungai melalui ekopelancongan, Faktor kejayaan dan limitasi.pdf
Restricted to Registered users only

Download (199kB) | Request a copy

Abstract

Salah satu ciri ekopelancongan yang mapan adalah menerusi penglibatan aktif dan sokongan berterusan komuniti setempat dalam aktiviti-aktiviti ekopelancongan (Telfer, 2003). Penglibatan tersebut akhirnya memberi faedah sosioekonomi, sekali gus mampu memeliharan budaya tradisi tersebut secara berterusan (Cohen, 1988). Justeru, artikel ini memeriksa dan menilai isu pengkomersialan budaya Orang Sungai di Kampung Batu Puteh dan Sukau di Hilir Kinabatangan Sabah dalam konteks pembangunan ekopelancongan. Kaedah kutipan data yang digunakan dalam kajian ini adalah pengamatan turut-serta, temu bual dan kajian dokumen. Persoalan yang menjadi fokus kajian adalah sejauhmanakah pengkomersialan seni dan budaya Orang Sungai ini berjaya dilakukan. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kejayaan kepada usaha tersebut. Sebaliknya, apakah pula faktor-faktor limitasi yang menghalang usaha pengkomersialan budaya komuniti ini dalam konteks ekopelancongan di kawasan hilir Kinabatangan di Sabah?

Item Type: Article
Keyword: Ekopelancongan , Pengkomersialan budaya , Orang Sungai
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 19 Aug 2022 15:28
Last Modified: 19 Aug 2022 15:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33884

Actions (login required)

View Item View Item