Isu perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hak autonomi Sabah dan Sarawak dalam konteks sejarah dan PRU-14

A Rahman Tang Abdullah and Pandikar Amin Haji Mulia (2018) Isu perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hak autonomi Sabah dan Sarawak dalam konteks sejarah dan PRU-14. Jurnal Kinabalu. pp. 291-317. ISSN 2600-867X

[img] Text
Isu perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hak autonomi Sabah dan Sarawak dalam konteks sejarah dan PRU-14.ABSTRACT.pdf

Download (65kB)
[img] Text
Isu Perjanjian Malaysia 1963 (Ma63) Dan Hak Autonomi Sabah Dan Sarawak Dalam Konteks Sejarah Dan Pru-14.pdf
Restricted to Registered users only

Download (348kB) | Request a copy

Abstract

Hak autonomi Sabah dan Sarawak sememangnya merupakan isu politik utama yang telah lama disuarakan oleh politikus dari kedua-dua negeri ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN). Isu hak autonomi ini sering ditafsirkan sebagai satu gambaran yang menunjukkan bahawa dua negeri tersebut mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Isu ini digunakan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung dengan situasi di kedua-dua negeri tersebut yang masih jauh ketinggalan dari aspek pembangunan berbanding dengan negeri-negeri di Semenanjung. Hal ini ditambah lagi dengan dakwaan bahawa sebahagian besar sumber dan pendapatan kedua-dua negeri tersebut tidak dapat dinikmati oleh mereka. Malahan, sudut pandang ini seterusnya telah didasarkan kepada dakwaan pelanggaran terhadap MA63 sebagaimana yang terdapat dalam manifesto dan kenyataan politik dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Justeru, Pakatan Harapan (PH) telah mengisytiharkan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak berteraskan MA63. Parti Warisan Sabah pula mengisytiharkan bahawa mereka menuntut hak-hak dari Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan MA63. Oleh hal yang demikian, artikel ini bertujuan membincangkan sejauh manakah persoalan hak Sabah dan Sarawak yang dilegitimasikan kepada MA63 dalam PRU-14 menepati konteks sejarahnya yang dikaitkan dengan situasi masa kini. Perbincangan ini menggunakan kerangka sejarah perundangan yang merujuk kepada MA63 dan kaitannya dengan isu-isu yang dibangkitkan dalam manifesto dan kenyataan politik dalam PRU-14. Berdasarkan kerangka ini, didapati bahawa MA63 yang dieksploitasi dalam PRU-14 hanya merupakan retorik politik. Hal ini demikian kerana kefahaman terhadap MA63 telah diaplikasikan secara anachronistic akibat daripada kompleksiti dalam menghubungkaitkan dokumen dan peristiwa sejarah kepada konteks masa kini.

Item Type: Article
Keyword: MA63 , PRU-14 , Hak-hak autonomi , Sabah , Sarawak , GE-14 , Autonomous rights
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
J Political Science > JC Political theory > JC11-605 Political theory. The state. Theories of the state
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Aug 2022 09:43
Last Modified: 24 Aug 2022 09:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33887

Actions (login required)

View Item View Item