Pendidikan alternatif sebagai wadah keterangkuman sosial dalam kalangan penduduk yang tiada kewarganegaraan di Pulau Mabul, Sabah

Badariah Saibeh (2018) Pendidikan alternatif sebagai wadah keterangkuman sosial dalam kalangan penduduk yang tiada kewarganegaraan di Pulau Mabul, Sabah. Jurnal Kinabalu, 24. pp. 177-206. ISSN 2600-867X

[img] Text
Pendidikan alternatif sebagai wadah keterangkuman sosial dalam kalangan penduduk yang tiada kewarganegaraan di Pulau Mabul, Sabah.ABSTRACT.pdf

Download (62kB)
[img] Text
Pendidikan Alternatif Sebagai Wadah Keterangkuman Sosial Dalam Kalangan Penduduk Yang Tiada Kewarganegaraan Di Pulau Mabul, Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (441kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini meneliti hubungan antara kewarganegaraan dan kebolehcapaian terhadap pendidikan dalam kalangan penduduk yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Lokasi kajian adalah di Pulau Mabul, Sabah. Terdapat lebih daripada 80 Peratus penduduk Pulau Mabul yang mengalami masalah kewarganegaraan, seterusnya memberi kesan kepada kebolehcapaian terhadap pendidikan dan keterangkuman sosial. Pendidikan adalah hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 dan Pendidikan untuk Semua. Namun, dalam konteks Malaysia, keperluan menegakkan hak asasi dan falsafah pendidikan untuk semua tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya disebabkan ketetapan-ketetapan tertentu dalam perundangan kebangsaan - Akta Pendidikan 1996. Dalam artikel ini, falsafah ‘pendidikan untuk semua’ dalam konteks pendidikan untuk keterangkuman sosial diteliti melalui tiga dimensi iaitu sumber, keupayaan dan peluang. Sumber merupakan kemahiran dan aset yang dimiliki oleh seseorang. Keupayaan adalah kebolehan individu untuk menggunakan sumber dan peluang. Peluang pula adalah persekitaran yang membolehkan individu menggunakan keupayaan dan sumber untuk mencapai hasil yang diingini. Kerja lapangan telah dilakukan selama lebih kurang tiga bulan di Pulau Mabul yang melibatkan temu bual separa berstruktur dan pemerhatian ikut serta sebagai tenaga pengajar di pusat pembelajaran alternatif. Hasil kajian mendapati kebanyakan penduduk di Pulau Mabul mengalami masalah kewarganegaraan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, seterusnya memberi kesan kepada kebolehcapaian terhadap pendidikan dan keterangkuman sosial. Penemuan kajian juga menunjukkan bahawa ketidakbolehcapaian terhadap pendidikan formal menuntut penawaran pendidikan alternatif untuk mereka yang terkecuali daripada pendidikan formal. Maka, penduduk yang mengalami masalah kewarganegaraan mempunyai peluang boleh capai terhadap pendidikan. Justeru, kajian ini mencadangkan agar penawaran pendidikan alternatif diperbanyakkan supaya lebih ramai penduduk boleh capai terhadap pendidikan demi keterangkuman sosial dan kesejahteraan negara.

Item Type: Article
Keyword: Pendidikan alternatif , Keterangkuman sosial , Tiada kewarganegaraan , Hak asasi manusia
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-1852 Asia
L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Aug 2022 09:49
Last Modified: 24 Aug 2022 09:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33894

Actions (login required)

View Item View Item