Perkaitan antara jangkaan, tahap pendidikan dan status sosioekonomi ibu bapa terhadap kepuasan keibubapaan dalam kalangan ibu bapa bekerja di Sabah

Abdul Adib Asnawi and Agnis Sombuling (2017) Perkaitan antara jangkaan, tahap pendidikan dan status sosioekonomi ibu bapa terhadap kepuasan keibubapaan dalam kalangan ibu bapa bekerja di Sabah. Jurnal Psikologi Malaysia, 31. pp. 43-55. ISSN 2289-8174

[img] Text
Perkaitan antara jangkaan, tahap pendidikan dan status sosioekonomi ibu bapa terhadap kepuasan keibubapaan dalam kalangan ibu bapa bekerja di Sabah.ABSTRACT.pdf

Download (58kB)
[img] Text
Perkaitan antara jangkaan, tahap pendidikan dan status sosioekonomi ibu bapa terhadap kepuasan keibubapaan dalam kalangan ibu bapa bekerja di Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (470kB) | Request a copy

Abstract

Jangkaan dan kepuasan adalah dua bidang yang berbeza namun saling berkaitan. Justeru, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh jangkaan ibu bapa bekerja terhadap kepuasan keibubapaan dalam kalangan ibu bapa bekerja di Sabah. Selain itu, kajian ini juga mengkaji perbezaan latar belakang responden dari segi taraf sosio-ekonomi dan tahap pendidikan terhadap kepuasan keibubapaan di Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan persampelan bertujuan dengan soal selidik. Ia telah diagihkan kepada 210 ibu bapa yang bekerja di pelbagai sektor di sekitar Kota Kinabalu dan Beaufort, Sabah. Set soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada Indeks Tahap Perbandingan Ibu Bapa (PCLI) untuk mengukur jangkaan ibu bapa dan Skala Kepuasan Ibu Bapa (PSS) digunakan untuk mengukur kepuasan ibu bapa. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS versi 23 melalui ujian regresi mudah dan ujian ANOVA sehala mengikut objektif kajian. Hasil analisis menunjukkan jangkaan ibu bapa secara signifikan dan positif mempengaruhi kepuasan ibu bapa dengan sumbangan 34.6 peratus varians. Manakala, perbezaan tahap pendidikan dan status sosio-ekonomi ibu bapa menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan dalam kepuasan keibubapaan. Kesimpulannya, jangkaan keibubapaan yang lebih tinggi akan membawa kepada kepuasan keibubapaan yang lebih tinggi. Namun begitu, kepuasan keibubapaan tidak berkaitan dengan perbezaan latar belakang pendidikan dan status sosioekonomi ibu bapa. Implikasi kajian ini adalah terhadap ibu bapa dan aspek yang melibatkan kepuasan keibubapaan.

Item Type: Article
Keyword: Jangkaan ibu bapa , Kepuasan keibubapaan , Tahap pendidikan , Status sosio-ekonomi
Subjects: H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ755.7-759.92 Parents. Parenthood Including parent and child, husbands, fathers, wives, mothers
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Aug 2022 15:16
Last Modified: 24 Aug 2022 15:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33935

Actions (login required)

View Item View Item