Pengaruh konflik kerja-keluarga terhadap kepuasan hidup dalam kalangan ibu bapa bekerja

Noorazwana Musida and Agnis Sombuling (2017) Pengaruh konflik kerja-keluarga terhadap kepuasan hidup dalam kalangan ibu bapa bekerja. Jurnal Psikologi Malaysia, 31. pp. 19-30. ISSN 2289-8174

[img] Text
Pengaruh konflik kerja-keluarga terhadap kepuasan hidup dalam kalangan ibu bapa bekerja.ABSTRACT.pdf

Download (57kB)
[img] Text
Pengaruh konflik kerja-keluarga terhadap kepuasan hidup dalam kalangan ibu bapa bekerja.pdf
Restricted to Registered users only

Download (485kB) | Request a copy

Abstract

Dalam era globalisasi, peranan dalam pekerjaan dan peranan dalam keluarga telah mengalami perubahan yang ketara terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja. Tuntutan keseimbangan dalam kedua-dua peranan seperti peranan pekerjaan dan peranan keluarga amat ditekankan dalam memastikan ibu bapa yang bekerja dapat menguruskan kehidupan mereka dan berprestasi dengan baik. Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh konflik kerja-keluarga seperti konflik berasaskan masa, konflik berasaskan ketegangan dan konflik berasaskan tingkah laku terhadap kepuasan hidup dalam kalangan ibu bapa yang bekerja. Seramai 378 orang responden dalam kajian ini terdiri daripada ibu dan bapa yang bekerja di Jabatan Awam sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Responden dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) di mana pengkaji telah menentukan ciri-ciri responden seperti status responden perlu berkahwin (tinggal bersama pasangan) dan sekurang-kurangnya mempunyai seorang anak. Soal selidik Work-Family Conflict Scale (WFCS) dan Satisfaction With Life Scale (SWLS) digunakan untuk melihat pengaruh konflik kerja-keluarga terhadap kepuasan hidup terutamanya dalam kalangan ibu bapa yang bekerja. Dapatan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Analisis Regresi Linear Mudah digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pengaruh negatif dan signifikan dalam konflik berasaskan masa, konflik berasaskan ketegangan dan konflik berasaskan tingkah laku terhadap kepuasan hidup dalam kalangan ibu bapa yang bekerja. Implikasi dan cadangan kajian turut dibincangkan.

Item Type: Article
Keyword: Konflik berasaskan masa , Konflik berasaskan ketegangan , Konflik berasaskan tingkah laku , Kepuasan hidup , Ibu bapa yang bekerja
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Aug 2022 15:17
Last Modified: 24 Aug 2022 15:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33936

Actions (login required)

View Item View Item