Ciri Dan Fungsi Lagu Dalam Membentuk Struktur Plot Filem Muzikal Magika (2010)

Faezahnor Saddi and Zairul Anuar Md. Dawam and Fazmi Hisham (2022) Ciri Dan Fungsi Lagu Dalam Membentuk Struktur Plot Filem Muzikal Magika (2010). Gendang Alam, 12. pp. 61-70. ISSN 2180-1738

[img] Text
Ciri Dan Fungsi Lagu Dalam Membentuk Struktur Plot Filem Muzikal Magika (2010).pdf

Download (42kB)
[img] Text
Ciri Dan Fungsi Lagu Dalam Membentuk Struktur Plot Filem Muzikal Magika (2010)1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (405kB)

Abstract

Kajian ini menganalisis ciri dan fungsi lagu dalam membentuk struktur plot dan naratif filem muzikal Magika (2010). Teori Conceptual Integration Network oleh Fauconnier dan Turner (1998) digunakan untuk menganalisis ciri dan fungsi lagu seperti makna lirik, melodi dan nyanyian watak kepada keseluruhan naratif filem meliputi tema, watak perwatakan dan plot (sebab dan akibat) filem tersebut. Kajian ini memfokuskan elemen beat dalam struktur plot yang diperkenalkan oleh Syd Field (2005) dan Blake Snyder (2005) pada babak 2 iaitu Midpoint, B Story dan The bad guys close in. Pemilihan babak 2 ini dilakukan kerana ia merupakan durasi paling panjang dalam sesebuah filem yang memerlukan elemen beat yang kuat untuk memastikan audiens tidak bosan dan terus menonton filem. Kajian ini mendapati ciri dan fungsi lagu dalam babak dua, iaitu lagu ‘Kehilangan’ dan ‘Rahsia Awet Muda’ sesuai dianalisis dan mempunyai hubung kait dengan elemen beat pada babak 2 iaitu Midpoint yang diperkenalkan oleh Syd Field (2005); B story dan The bad guys close in oleh Blake Snyder (2005). Kesannya, penggunaan lagu dalam filem muzikal Magika (2010) ini memberi kesan kepada struktur plot pada babak 2 meliputi elemen naratif seperti tema, watak perwatakan dan plot (sebab dan akibat), sekali gus memberi keterujaan kepada audiens untuk menonton filem tersebut.

Item Type: Article
Keyword: Conceptual Integration networks , Syd Field , Snyder , 15 beats , Ciri lagu , Fungsi lagu , Struktur naratif , Filem muzikal , Malaysia , Filem Magika
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1660-1693 Technique of dramatic composition
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1990-1992.92 Broadcasting > PN1992-1992.92 Television broadcasts
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1993-1999 Motion pictures > PN1997-1997.85 Plays, scenarios, etc.
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Aug 2022 08:10
Last Modified: 26 Aug 2022 08:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33950

Actions (login required)

View Item View Item