Campuran kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal di luar bandar Sabah

Lineker Ak Takom and Ferlis Bahari and Nurul Hudani Mohd Nawi (2016) Campuran kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal di luar bandar Sabah. Jurnal Psikologi Malaysia, 30. pp. 61-73. ISSN 2289-8174

[img] Text
Campuran kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal di luar bandar Sabah.ABSTRACT.pdf

Download (55kB)
[img] Text
Campuran kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal di luar bandar Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (323kB) | Request a copy

Abstract

Penyelidik terdahulu telah menunjukkan bahawa ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk masalah kesihatan mental yang mungkin disebabkan oleh cabaran besar dalam membesarkan kanak-kanak kurang upaya. Cabaran ini ditambah lagi dengan kesukaran hidup di kawasan luar bandar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal mengalami Mixed Anxiety and Depress-sion (MAD) dan membina pemahaman mendalam tentang "mengapa" ibu bapa mengalami MAD. Bahan untuk kajian kes ini diperoleh menggunakan skala tekanan psikologi Kessler (K-10) dan temu bual mendalam. Enam ibu bapa yang mempunyai MAD telah ditemu bual. Analisis kandungan induktif dengan bantuan program komputer ATLAS.ti 7 telah menghasilkan enam simptom MAD dalam kalangan ibu bapa (gangguan tidur, mudah marah, cemas, mudah menangis, menjangkakan sesuatu yang lebih buruk akan berlaku, putus asa tentang masa depan) dan lima sumber MAD (kekurangan sokongan, masalah penerimaan, kekurangan maklumat dan pengalaman, faktor luar bandar, masalah kesihatan kanak-kanak). Dapat disimpulkan, dapatan ini berkaitan dengan cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak kurang upaya fizikal di luar bandar Sabah.

Item Type: Article
Keyword: MAD , Ibu bapa , Kanak-kanak kurang upaya fizikal , Kawasan luar bandar
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV697-4959 Protection, assistance and relief > HV697-3024 Special classes > HV1551-3024 People with disabilities: Including blind, deaf, people with physical and mental disabilities
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 26 Aug 2022 09:05
Last Modified: 26 Aug 2022 09:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33960

Actions (login required)

View Item View Item