Komunikasi bukan lisan: Analisis makna pulut semangat dalam adat perkahwinan masyarakat melayu Selangor

Norhuda Salleh and Kim Keum Hyun (2019) Komunikasi bukan lisan: Analisis makna pulut semangat dalam adat perkahwinan masyarakat melayu Selangor. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), 7. pp. 53-64. ISSN 2289-859X

[img] Text
Komunikasi bukan lisan, Analisis makna pulut semangat dalam adat perkahwinan masyarakat melayu Selangor.ABSTRACT.pdf

Download (149kB)
[img] Text
Komunikasi bukan lisan, Analisis makna pulut semangat dalam adat perkahwinan masyarakat melayu Selangor.pdf
Restricted to Registered users only

Download (438kB) | Request a copy

Abstract

Manusia berkomunikasi bagi menyampaikan pesan sesama mereka. Komunikasi lisan dan bukan lisan bermatlamat menyampaikan pesan namun dalam konteks yang berbeza. Penggunaan pulut semangat yang merupakan elemen makanan dalam adat perkahwinan secara spesifiknya dalam tingkat adat persandingan masyarakat Melayu di Sekinchan Selangor mempunyai makna kepada pelaku dan juga masyarakat pengamalnya. Pulut Semangat disediakan semasa adat persandingan bukan tujuan hidangan tetapi mengiringi keberadaan bunga telur dipelaminan. Pulut semangat berwarna kuning dan penyediaannya adalah sama seperti pulut kuning. Perbezaannya ialah pulut kuning dihidangkan dalam suatu majlis atau adat tertentu seperti adat menyambut kelahiran. Pulut kuning jika dihidangkan dalam adat persandingan dan dijadikan sebagai salah satu juadah, dinamakan pulut kuning. Cara dan masa sajian pulut kuning membawa makna yang berbeza. Sehubungan itu kajian ini menganalisis makna pulut semangat dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu dari sudut komunikasi bukan lisan. Pendekatan etnografi digunakan bagi mengumpul data kualitatif. Informan yang terlibat dalam pengumpulan data ialah tukang masak dan juga pengamal adat di kawasan kajian. Hasil analisis data kualitatif melalui temu bual mendalam dan pemerhatian turut serta menjelaskan makna pulut semangat dilihat secara menyeluruh daripada awal penyediaan sehingga ia diletakkan sebagai salah satu artifak dalam adat persandingan. Pemaknaan dari sudut komunikasi bukan lisan memberikan makna pulut semangat dari sudut cara penyediaan, sifat, bentuk dan warna. Makna yang diberikan oleh masyarakat Melayu terhadap pulut semangat dalam adat bersanding ialah kekuatan, kebesaran, keharmonian dan kekayaan.

Item Type: Article
Keyword: Pulut semangat , Adat perkahwinan , Makanan , Komunikasi bukan lisan , Melayu
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF636-637 Applied psychology
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595-595.2 Ethnography
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 26 Aug 2022 10:21
Last Modified: 26 Aug 2022 10:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33969

Actions (login required)

View Item View Item