Keadaan Sosioekonomi Nelayan Bandar di Kg. Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

Jalihah Md Shah (2017) Keadaan Sosioekonomi Nelayan Bandar di Kg. Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. International Journal of Society, Development and Environment in the Developing World, 1. pp. 56-68. ISSN 2590-387X

[img] Text
Keadaan Sosioekonomi Nelayan Bandar di Kg. Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.pdf

Download (37kB)
[img] Text
Keadaan Sosioekonomi Nelayan Bandar di Kg. Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (287kB) | Request a copy

Abstract

Kehidupan komuniti nelayan sentiasa berhadapan dengan ancaman sama ada oleh kuasa luar mahupun tempatan yang akhirnya menimbulkan pelbagai masalah sosioekonomi dan politik kepada komuniti ini. Pembangunan terutamanya perbandaran memberi impak yang positif dan dalam masa serentak memberi cabaran terhadap aktiviti perekonomian para nelayan. Kertas kerja ini menghuraikan berkenaan manfaat sosioekonomi yang dinikmati oleh nelayan bandar di Kg. Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Perbincangan dalam makalah ini diasaskan daripada kajian berbentuk etnografi yang melibatkan kaedah temubual secara mendalam terhadap 54 orang nelayan dan pemerhatian turut serta. Dapatan kajian ini mendapati nelayan yang tinggal dalam kawasan bandar memperoleh peluang dan manfaat berbanding nelayan di luar bandar. Nelayan bandar di Kg. Pulau Gaya mendapat manfaat sosioekonomi daripada pembangunan yang pesat berlaku di bandar raya Kota Kinabalu dan sekitar pulau tersebut. Kajian ini telah mengenalpasti empat faedah utama yang diperoleh nelayan bandar iaitu pemasaran ikan lebih mudah, wujud pelbagai alternatif untuk memasarkan hasil tangkapan, aksesibiliti kepada pelbagai kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan serta bandar menyediakan pendapatan tambahan kepada isi rumah nelayan. Kesemua manfaat ini memberi kelebihan kepada nelayan di Kg. Pulau Gaya dan membantu melancarkan lagi aktiviti perikanan mereka.

Item Type: Article
Keyword: Nelayan bandar , Sosioekonomi , Pulau Gaya
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling > SH1-691 Aquaculture. Fisheries. Angling > SH201-399 Fisheries > SH213-216.55 By oceans and seas
S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling > SH1-691 Aquaculture. Fisheries. Angling > SH201-399 Fisheries > SH334 Economic aspects. Finance
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Aug 2022 10:30
Last Modified: 26 Aug 2022 10:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33976

Actions (login required)

View Item View Item