Strategi Kelangsungan Aktiviti Perikanan Nelayan Bandar Di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

Jalihah Md Shah and Nor Hafizah Hj. Selamat (2015) Strategi Kelangsungan Aktiviti Perikanan Nelayan Bandar Di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. International Journal of Environment, Society and Space, 3 (2). pp. 22-31. ISSN 2289-5299

[img] Text
Strategi Kelangsungan Aktiviti Perikanan Nelayan Bandar Di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.pdf

Download (37kB)
[img] Text
Strategi Kelangsungan Aktiviti Perikanan Nelayan Bandar Di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (358kB)

Abstract

Perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang dijana dalam persekitaran fizikal dan sosial yang tidak menentu. Ketidaktentuan yang dihadapi nelayan memerlukan golongan ini mengatur strategi bagi berhadapan dengan halangan dan cabaran yang wujud ekoran ketidaktentuan persekitaran fizikal dan sosial tersebut. Kertas kerja ini membincangkan mengenai bentuk-bentuk strategi kelangsungan aktiviti nelayan bandar di Kampung Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Makalah ini turut menghuraikan rasional di sebalik setiap strategi yang diambil oleh nelayan terbabit. Kajian ini adalah berbentuk etnografi yang melibatkan kaedah temubual secara mendalam terhadap 54 orang nelayan dan juga pemerhatian turut serta. Dapatan kajian ini mendapati nelayan merekrut ahli keluarga mereka sebagai awak-awak, menjadikan perikanan sebagai perusahaan keluarga, mempelbagaikan aktiviti perikanan, menjana aktiviti ekonomi sampingan dan memasarkan hasil tangkapan secara terus demi kelangsungan aktiviti ekonomi masing-masing. Kajian ini menunjukkan strategi berbentuk jaringan sosioekonomi yang dilakukan di peringkat isi rumah ini menyebabkan nelayan mampu mengurangkan masalah ketidaktentuan persekitaran dan pendapatan yang dihadapi.

Item Type: Article
Keyword: Strategi kelangsungan , Ketidaktentuan , Nelayan bandar , Pulau Gaya
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling > SH1-691 Aquaculture. Fisheries. Angling > SH201-399 Fisheries > SH213-216.55 By oceans and seas
S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling > SH1-691 Aquaculture. Fisheries. Angling > SH201-399 Fisheries > SH334 Economic aspects. Finance
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Aug 2022 10:37
Last Modified: 26 Aug 2022 10:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33978

Actions (login required)

View Item View Item