Kempen Penghayatan Bulan kebangsaan Wahana Menyampaikan Mesej

Sitinurbayu Mohd Yusoff and Syahruddin Ag. Ahmad and Aisah Meri and Cyril Modili and Eko Prayitno Joko (2020) Kempen Penghayatan Bulan kebangsaan Wahana Menyampaikan Mesej. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5. pp. 58-66. ISSN 2504-8562

[img] Text
Kempen Penghayatan Bulan kebangsaan Wahana Menyampaikan Mesej.pdf

Download (37kB)
[img] Text
Kempen Penghayatan Bulan kebangsaan Wahana Menyampaikan Mesej1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (684kB) | Request a copy

Abstract

Kempen merupakan satu set aktiviti yang dirancang oleh seseorang dalam jangka masa tertentu untuk mencapai sesuatu objektif. Dalam mencapai misi dan matlamat, setiap kempen berbeza dari segi pendekatannya bergantung kepada objektif dan khalayak sasaran. Matlamat utama kempen kesedaran awam bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai sesuatu dasar, perkhidmatan, program atau mengenai sesuatu isu. Oleh itu, kerajaan bertanggungjawab merancang dan melaksanakan kempen Hari Kebangsaan dengan teliti bagi mencapai tujuan yang direncanakan agar dapat dihayati dengan sepenuh hati oleh golongan sasar. Dalam usaha mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan bulan Kebangsaan, setiap tahun kerajaan akan menganjurkan kempen Hari Kebangsaan bagi menyuntik semangat patriotisme di kalangan masyarakat. Oleh itu, wacana tentang kemerdekaan yang diketengahkan oleh pihak kerajaan melalui kempen bulan Kebangsaan saban tahun harus dirancang dengan teliti agar kewibawaan, konsep dan motif yang direncanakan dalam sesebuah kempen dapat dihayati dengan sepenuh hati oleh golongan sasar. Dalam masa yang sama kandungan serta tujuan kempen tersebut dijalankan agar dapat menjawab persoalan tentang kelunturan semangat patriotisme dalam kalangan belia hari ini. Perbincangan kumpulan fokus ke atas belia Sabah, Sarawak dan Semenanjung dijalankan khusus untuk mendapatkan maklumat tentang penghayatan mesej patriotisme menerusi kempen Hari Kebangsaan yang berpotensi membantu membina negara yang berdaya tahan dalam menghadapi cabaran dan arus pemodenan.

Item Type: Article
Keyword: Kempen , Hari Kebangsaan , Semantik , Wacana , Patriotisme
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements
J Political Science > JC Political theory > JC11-605 Political theory. The state. Theories of the state > JC311-314 Nationalism. Nation state
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 29 Aug 2022 10:53
Last Modified: 29 Aug 2022 10:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34016

Actions (login required)

View Item View Item