Tekanan teknologi terhadap norma baru bekerja dari rumah semasa pandemik Covid-19

Syarifah Hanum Ali and Sharifah Rahama Amirul and Oscar Dousin (2022) Tekanan teknologi terhadap norma baru bekerja dari rumah semasa pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pengurusan, 4 (2). pp. 33-50. ISSN 2682-8251

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (357kB) | Request a copy
[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (65kB)

Abstract

Fenomena baharu akibat pandemik COVID-19 menyebabkan penggunaan meluas teknologi digital dan internet untuk membolehkan lebih banyak organisasi terlibat dalam pengaturan kerja yang lebih fleksibel, dengan majoriti daripada mereka bekerja dari rumah (BDR). Kajian ini bertujuan mengkaji Tekanan Teknologi dan BDR serta memberi impak terhadap anjakan norma baru terhadap budaya organisasi semasa krisis pandemik ini. Lima puluh pekerja dari Malaysia Barat (Borneo) telah mengambil bahagian dalam suatu temubual berstruktur dan penemuan kajian menunjukkan bahawa tekanan teknologi dan BDR merupakan norma baru melaksanakan tugasan kerja harian. Walaupun BDR mungkin menjadi suatu penyelesaikan kepada isu kelangsungan perniagaan, kaedah ini masih mempunyai kelemahan yang boleh menpengaruhi prodiktiviti dan kesejahteraan pekerja. Perkara-perkara yang paling dikhuatiri oleh kajian ini ialah kebimbangan kerja yang berteraskan misi (fokus kepada penyelesaian kerja dan pencapaian sasaran prestasi) dan tiada sempadan masa antara kerja dan kehidupan serta beban kerja yang bertimbun semasa BDR. BDR dan tekanan teknologi dikaitkan dengan peningkatan kemurungan dan kebimbangan yang disebabkan oleh pandemik ini. Walaupun BDR boleh menyelesaikan isu kelangsungan perniagaan, kesannya adalah impak negatif terhadap pekerja dan kesejahteraan mereka.

Item Type: Article
Keyword: Tekanan teknologi , Bekerja-Dari-Rumah , BDR , Covid-19
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 20 Oct 2022 09:19
Last Modified: 20 Oct 2022 09:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34507

Actions (login required)

View Item View Item