Perkembangan institusi muzium Eropah dalam mempengaruhi kewujudan muzium di Malaysia

Mohd Syafiq Zaini and Mohd Sohaimi Esa and Saifulazry Mokhtar and Sharifah Darmia Sharif Adam (2022) Perkembangan institusi muzium Eropah dalam mempengaruhi kewujudan muzium di Malaysia. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management (JTHEM), 7. pp. 260-280. ISSN 0128-178X

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (413kB) | Request a copy
[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (92kB)

Abstract

Muzium memainkan peranan yang penting dalam menjaga dan memulihara segala artifak berkaitan sejarah lampau mahu pun warisan dan budaya sesebuah peradaban masyarakat. Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kaya dengan pelbagai warisan dan budaya, maka institusi muzium memainkan signifikan yang penting dalam menjaga warisan pengetahuan tersebut bagi generasi akan datang. Namun, masih ada segelintir individu dalam kalangan masyarakat masih menganggap bahawa institusi muzium tidak memberikan signifikasi yang positif dalam sosial masyarakat. Pemikiran ini boleh terjadi akibat daripada dasar pembentukan muzium di Malaysia yang dikawal oleh pemikiran kolonial suatu ketika dahulu. Institusi muzium mengalami perubahan mengikut peredaran masa ke arah positif dalam menghasilkan sebuah pengurusan yang terbaik dalam menjaga pengetahuan terhadap sejarah lampau. Perkembangan muzium di peringkat Eropah dilihat telah mempengaruhi kemasukan ideologi bidang permuziuman di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis terhadap datadata kajian terhadap sejarah perkembangan muzium di peringkat dunia sehingga ia dibawa masuk oleh kolonial British ke Malaysia pra merdeka. Tumpuan kajian memfokuskan kepada bagaimana dan apakah pengaruh yang dibawa oleh barat dalam institusi muzium di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa, falsafah Renaissance yang di amalkan oleh orang Eropah sekitar abad ke-14, telah menggesa mereka keluar berlayar ke lautan dan menerokai wilayah lain. Ini secara tidak langsung menjurus kepada penjajahan ke atas wilayah bukan Eropah. Dalam konteks kolonial British, kedatangan mereka menjajah Tanah Melayu tidak bertangan kosong, malah membawa masuk ilmu kolonial yang kemudiannya menjadi dasar kepada pembentukan institusi muzium di Malaysia. Namun, pentafsiran artifak, sejarah, warisan dan budaya yang bersifat euro-centric, menyebabkan berlakunya perlaksanaan dekolonisasi muzium selepas pasca merdeka. Ini bertujuan agar suatu sejarah tempatan dapat ditafsirkan dengan betul menerusi sudut pandang serta pengetahuan masyarakat tempatan.

Item Type: Article
Keyword: Perkembangan muzium , Pengaruh kolonial , Dekolonisasi , Eropah dan Malaysia
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Nov 2022 08:31
Last Modified: 08 Nov 2022 08:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34693

Actions (login required)

View Item View Item