Cabaran dalam Proses Kutipan Data Kaedah Kualitatif Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pandemik Covid-19

Sulaiman Tahajuddin and Abdul Wahid Mohd Kassim and Jainurin Justine and Intan Soliha Ibrahim (2021) Cabaran dalam Proses Kutipan Data Kaedah Kualitatif Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6. pp. 35-48. ISSN 2504-8562

[img] Text
Abstract.pdf

Download (40kB)
[img] Text
Full text.pdf
Restricted to Registered users only

Download (408kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memahami dan menerangkan mengenai cabaran atau kesukaran yang berlaku dalam proses mengutip data bagi kajian yang menggunakan kaedah kualitatif ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berjalan disebabkan oleh pandemik Covid-19 di Malaysia. Sama ada kaedah kuantitatif mahupun kualitatif, kedua-duanya memerlukan data yang bersifat tulen, lengkap dan berkualiti. Untuk tujuan tersebut, maka proses pengutipan data memerlukan tatacara kutipan data dilakukan dengan berhati-hati dan pada masa yang sama mengikut prosedur terbaik. Kajian ini telah memilih satu entiti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan satu entiti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai kajian kes untuk mencapai objektif kajian. Dapatan kajian mendapati terdapat isu dan cabaran yang agak berbeza dalam proses kutipan data melibatkan GLC dan NGO dalam konteks kajian menggunakan kaedah kualitatif. Entiti NGO didapati lebih terbuka dan bekerja sama berbanding entiti GLC dalam proses tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa data yang dikutip daripada NGO adalah lebih komprehensif dan berkualiti berbanding dengan GLC. Ini menunjukkan bahawa, terdapat banyak isu dan cabaran yang dihadapi dalam proses mengumpul data daripada GLC berbanding daripada NGO ketika PKP Covid-19 di Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Covid-19 , Isu dan cabaran , Kualitatif , Kutipan data , GLC , NGO
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA648.5-767 Epidemics. Epidemiology. Quarantine. Disinfection
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 08 Nov 2022 09:59
Last Modified: 08 Nov 2022 09:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34709

Actions (login required)

View Item View Item