Penyalahgunaan dadah jenis syabu dalam kalangan masyarakat Islam di Sandakan, Sabah: Faktor dan langkah mengatasinya

Hamida Ambo and Saifulazry Mokhtar and Kasoma Thia (2022) Penyalahgunaan dadah jenis syabu dalam kalangan masyarakat Islam di Sandakan, Sabah: Faktor dan langkah mengatasinya. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC), 7. pp. 281-295. ISSN 0128-1763

[img] Text
ABSTRAK.pdf

Download (54kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (273kB) | Request a copy

Abstract

Isu penyalahgunaan dadah di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Peningkatan yang sangat ketara ini telah membimbangkan banyak pihak sehingga ia telah meliputi kehidupan seharian masyarakan Islam. Penggunaan Syabu dalam masyarakat Islam di Sandakan, Sabah sudah menjadi kelaziman dalam kehidupan seharian mereka. Justeru, kajian ini bertujuan untuk merungkai penyalahgunaan dadah jenis Syabu (Methamphetamine) secara spesifik di daerah Sandakan, Sabah dengan mensasarkan golongan masyarakat Islam tempatan menerusi faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang dalam penggunaan Syabu dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah ini dalam kalangan masyarakat Islam di Sandakan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen. Berdasarkan kajian yang dijalankan, faktor yang menyumbang kepada penyalahgunaan dadah ini didorong besar oleh faktor sosiodemografi seseorang, faktor ekonomi dan kekurangan penekanan terhadap didikan agama Islam. Faktor sosial juga memainkan peranan di mana faktor rakan sebaya mendorong penyalahgunaan dadah dalam kalangan mereka yang terlibat. Kesan daripada penyalahgunaan dadah ini menyebabkan peningkatan kadar jenayah, menjejaskan kesihatan dan keruntuhan institusi keluarga. Bagi mengatasi penyalahgunaan Syabu ini semakin berleluasa, terdapat tujuh langkah yang diketengahkan oleh pengkaji sebagai usaha membendung penularan virus ini dalam landskap kehidupan masyarakat Islam di Sandakan khususnya, dan keluarga Malaysia amnya.

Item Type: Article
Keyword: Implikasi , Masyarakat Islam , Penyalahgunaan dadah , Sandakan Syabu , Trend
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV5800-5840 Drug habits. Drug abuse
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV6001-7220.5 Criminology > HV6251-6773.55 Crimes and offenses
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Nov 2022 10:12
Last Modified: 08 Nov 2022 10:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34715

Actions (login required)

View Item View Item