Dasar bekerja dari rumah (BDR) dan kesejahteraan keluarga kajian kes di Sabah dan Sarawak

Mohd Sohaimi Esa and Romzi Ationg and Irma Wani Othman and Abang Razif Abang Muis (2022) Dasar bekerja dari rumah (BDR) dan kesejahteraan keluarga kajian kes di Sabah dan Sarawak. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC), 7. pp. 642-657. ISSN 0128-1763

[img] Text
ABSTRAK.pdf

Download (57kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (780kB) | Request a copy

Abstract

Pada 18 Mac 2020, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara dalam usaha membendung pandemik Covid-19. Pandemik Covid-19 menjadi isu kesihatan global yang memberi impak besar terhadap perubahan cara hidup masyarakat. Hal ini telah menjurus kepada pengenalan polisi atau dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) yang mana pelaksanaan polisi ini telah memberi kesan kepada kesejahteraan keluarga di negara ini, khususnya di Sabah dan Sarawak. Namun tidak dapat diketahui secara khusus sejauh manakah polisi ini telah menjadi penentu kepada kesejahteraan keluarga di Sabah dan Sarawak. Sehubungan itu, kajian dilakukan bagi menilai impak pelaksanaan dasar BDR terhadap kesejahteraan keluarga di Sabah dan Sarawak dengan mengaplikasikan pendekatan mixed-method apabila data diperolehi menggunakan borang soal selidik, sumber sekunder dan temubual dengan kumpulan fokus. Dapatan kajian mengesahkan bahawa pelaksanaan dasar BDR telah memberi impak signifikan terhadap kesejahteraan keluarga di Sabah dan Sarawak. Ini bermakna dasar BDR merupakan antara faktor penting yang menentukan kesejahteraan keluarga. Oleh itu, penilaian lanjut berkaitan mekanisma terbaik pelaksanaan dasar BDR perlu dilakukan bagi memastikan pengenalan polisi serupa pada masa akan datang tidak mendatangkan impak negatif terhadap kesejahteraan keluarga.

Item Type: Article
Keyword: Dasar bekerja dari rumah , Kesejahteraan keluarga , Sabah , Sarawak
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Nov 2022 10:45
Last Modified: 08 Nov 2022 10:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34718

Actions (login required)

View Item View Item