Modul pengintegrasian pendekatan pembelajaran berasaskan masalah berorientasikan projek dan peta pemikiran roda masa hadapan bagi memupuk pemikiran masa hadapan pelajar sekolah menengah dalam pembelajaran STEM

Angielyn Ilias and Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah (2022) Modul pengintegrasian pendekatan pembelajaran berasaskan masalah berorientasikan projek dan peta pemikiran roda masa hadapan bagi memupuk pemikiran masa hadapan pelajar sekolah menengah dalam pembelajaran STEM. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 7. pp. 370-382. ISSN 0128-164X

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (387kB) | Request a copy
[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (66kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan Modul Pemikiran Masa Hadapan (PMH) yang dibangunkan dengan mengintegrasikan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah Berorientasikan Projek dan Peta Pemikiran Roda Masa Hadapan. Modul PMH bertujuan untuk memupuk pemikiran masa hadapan dalam kalangan pelajar sekolah menengah dalam pembelajaran STEM. Modul PMH mengandungi enam aktiviti projek STEM. Penilaian modul melibatkan seramai tiga orang panel pakar, 19 orang guru dan 44 orang pelajar Tingkatan Empat berumur 16 tahun. Data dikumpul menggunakan borang penilaian modul dan tiga set soal selidik berskala lima likert untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan modul, kebolehlaksanaan dan kebolehgunaan aktiviti modul dalam memupuk pemikiran masa hadapan. Para panel pakar menyatakan darjah persetujuan sebanyak 93.10 peratus bahawa modul yang dibina dapat memenuhi kriteria yang digariskan dengan sedikit penambahbaikan. Hasil penilaian guru terhadap modul menunjukkan nilai min keseluruhan 4.64, menggambarkan bahawa guru-guru bersetuju modul yang dibina dapat digunakan sebagai panduan aktiviti pembelajaran untuk meningkatkan pemikiran masa hadapan. Nilai Cronbach Alpha yang diperoleh bagi kebolehlaksanaan aktiviti adalah .71, menunjukkan bahawa ketekalan dalaman aktiviti modul yang dibangunkan adalah baik dan boleh diterima. Nilai skor min keseluruhan bagi penilaian kebolehgunaan aktiviti ialah 4.56, menggambarkan bahawa pelajar-pelajar bersetuju modul yang digunakan dapat memupuk pemikiran masa hadapan mereka. Kesimpulannya, modul yang dibangunkan mempunyai kesahan yang tinggi dan kebolehpercayaan yang baik dan boleh diterima bagi memupuk pemikiran masa hadapan dalam kalangan pelajar.

Item Type: Article
Keyword: Kebolehpercayaan , Kesahan , Modul pembelajaran , Pembelajaran berasaskan masalah berorientasikan projek , Pemikiran masa hadapan , Peta pemikiran roda , STEM
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 08 Nov 2022 12:30
Last Modified: 08 Nov 2022 12:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34754

Actions (login required)

View Item View Item