Sejarah dan pengalaman hubungan etnik di Sabah: Kesepaduan dalam kepelbagaian

Siti Aidah Lukin @ Lokin and Suraya Sintang and Johan Johnes (2022) Sejarah dan pengalaman hubungan etnik di Sabah: Kesepaduan dalam kepelbagaian. e-Bangi : Journal of Social Sciences and Humanities, 19 (6). pp. 183-194. ISSN 1823-884x

[img] Text
ABSTRAK.pdf

Download (73kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (406kB) | Request a copy

Abstract

Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu adalah agenda yang sangat penting bagi negara Malaysia yang mempunyai penduduk pelbagai etnik. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan khususnya bagi memupuk hubungan etnik yang harmoni dalam kalangan rakyat serta mengukuhkan integrasi nasional antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Meskipun usaha tersebut dilaksanakan secara berterusan, namun apabila diteliti keadaan hubungan etnik dalam kalangan penduduk di negara ini, wujud pandangan dan tanggapan umum tentang hubungan etnik di Sabah adalah baik berbanding keadaan hubungan etnik di Semenanjung Malaysia. Pernyataan ini seringkali diungkapkan dalam ucapan para pemimpin politik sama ada yang datang dari Semenanjung Malaysia mahu pun pemimpin tempatan di Sabah dan dilaporkan oleh akhbar tempatan. Malah rakyat Malaysia di negeri-negeri yang lain diseru untuk mencontohi keharmonian hubungan etnik di Sabah. Pendekatan utama kajian ini adalah kualitatif yang menggunakan datadata sekunder daripada bahan-bahan rujukan yang telah diterbitkan seperti buku, bab dalam buku dan artikel daripada jurnal berindeks atau tidak berindeks ternasuk sumber jurnal atas talian. Daripada kajian-kajian lepas yang dirujuk, pelbagai faktor sosial seperti amalan budaya, adat tradisi, agama, kepercayaan, amalan harian, dan perkahwinan campur adalah antara faktor yang saling berkaitan serta dapat membuktikan bahawa hubungan etnik yang baik dan toleransi etnik di Sabah adalah tinggi. Kajian yang berterusan wajar dilaksanakan bagi mengupas faktor-faktor lain agar dapat menambah maklumat yang sedia ada. Faktor yang tidak kurang pentingnya dan harus diketengahkan ialah tentang sejarah dan perkembangan masyarakat Sabah seiring dengan perubahan sistem pentadbiran dan perkembangan sosioekonomi negeri ini yang memberi kesan kepada hubungan etnik dalam kalangan penduduknya. Justeru, makalah ini cuba memfokuskan perbincangan tentang faktor-faktor tersebut dan kaitannya dengan keadaan serta pengalaman hubungan etnik yang harmoni di Sabah dalam konteks kesepaduan dalam kepelbagaian.

Item Type: Article
Keyword: Hubungan etnik , Integrasi nasional , Etnik , Toleransi etnik , Kesepaduan dalam kepelbagaian
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > GN1-890 Anthropology > GN301-674 Ethnology. Social and cultural anthropology > GN537-674 Ethnic groups and races
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Nov 2022 12:44
Last Modified: 08 Nov 2022 12:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34767

Actions (login required)

View Item View Item