Pengaruh hak dan undang-undang adat terhadap toleransi dan hubungan harmoni antara etnik di Sabah

Rosazman Hussin and Johan Johnes and Jeannet Stephen (2022) Pengaruh hak dan undang-undang adat terhadap toleransi dan hubungan harmoni antara etnik di Sabah. e-Bangi: Journal of Social Science and Humanities, 19 (6). pp. 103-112. ISSN 1823-884x

[img] Text
ABSTRAK.pdf

Download (73kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (479kB) | Request a copy

Abstract

Hak dan undang-undang adat merupakan salah satu inti pati penting untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat khususnya dalam kalangan penduduk pelbagai etnik di sesebuah wilayah atau negara. Kajian ini memberi fokus kepada pemahaman mendalam berdasarkan konseptual dan sorotan literatur berkenaan pengaruh hak dan undang-undang adat terhadap toleransi dan hubungan harmoni antara etnik di Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sebagai metodologi kajian iaitu merujuk dan menganalisis sumber-sumber data primer dan sekunder dalam menghasilkan dapatan kajian. Makalah ini merungkai konsep-konsep penting dalam konteks hak dan undang-undang adat yang terdapat di Sabah iaitu institusi kehakiman Mahkamah Anak Negeri, konsep Anak Negeri dan konsep Sogit. Dari segi hubungan harmoni antara etnik di Sabah, didapati bahawa melalui kepelbagaian budaya, bangsa dan agama, ahli masyarakat masih boleh bertoleransi dan menghormati adat antara satu sama lain. Malah dalam banyak situasi, adat menjadi penghubung atau tolak ansur dalam menyelesaikan konflik antara masyarakat. Dari segi keharmonian pula, adat sogit memainkan peranan yang penting dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat. Konsep sogit secara bersifat holistik dan mempunyai sistem menyelesaikan konflik dalam masyarakat yang tersendiri menjadi asas kepada keharmonian antara etnik di negeri ini. Oleh itu, penelitian yang lebih menyeluruh berkenaan pengaruh hak dan undang-undang adat orang asal terhadap toleransi dan hubungan harmoni antara etnik di Sabah ini perlu bagi melihat sejauh mana kerelevenannya dalam konteks hubungan harmoni masyarakat majmuk di Sabah dan Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Pengaruh , Hak dan undang-undang adat , Toleransi , Hubungan harmoni , Etnik di Sabah
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > K1-7720 Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > K140-165 History of law
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Nov 2022 08:47
Last Modified: 10 Nov 2022 08:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34768

Actions (login required)

View Item View Item