Cabaran dalam mengekalkan kesihatan anak kurang upaya di luar bandar dan pedalaman Sabah

Lineker Takom and Muhammad Idris Bullare @ Bahari and Nurul Hudani Md. Nawi (2019) Cabaran dalam mengekalkan kesihatan anak kurang upaya di luar bandar dan pedalaman Sabah. e-Bangi : Journal of Social Sciences and Humanities, 16 (5). pp. 1-18. ISSN 1823-884X

[img] Text
ABSTRAK.pdf

Download (73kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (499kB) | Request a copy

Abstract

Kekurangan dari segi kemudahan penjagaan kesihatan adalah masalah yang sering dialami oleh ibu bapa kanak-kanak kurang upaya di luar bandar dan pedalaman. Sehingga sekarang, sangat terhad kajian yang mengkaji isu ini terutamanya dalam konteks Sabah. Kajian ini direka untuk meneroka cabaran pengekalan kesihatan anak kurang upaya di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah. Reka bentuk kajian kes induktif telah digunakan. Proses persampelan yang dimulakan dengan persampelan bertujuan diikuti dengan pensampelan teoretikal telah digunakan untuk memilih lapan orang ibu bapa. Analisis data telah dilaksanakan dengan bantuan Atlas.ti versi 8 untuk mendapatkan tema. Hasil analisis induktif telah menghasil tujuh tema yang menjelaskan cabaran dalam mengekalkan kesihatan anak di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah iaitu; kekerapan melakukan perjalanan jauh bagi mendapatkan perkhidmatan pakar, masa perjalanan mendapatkan rawatan dan intervensi anak, kekerapan transit antara pengangkutan awam, masalah jalan di luar bandar dan pedalaman, berhadapan dengan ketidakfahaman ahli masyarakat, dasar kerajaan menempatkan kemudahan perubatan dan intervensi di pusat bandar, dan kesukaran mendapatkan penjagaan kesihatan yang berkualiti untuk anak. Kesukaran mengekalkan kesihatan anak ini menjadi punca utama kepada masalah kewangan ibu bapa. Ringkasnya, ibu bapa kanak-kanak kurang upaya di luar bandar dan pedalaman Sabah mengalami pelbagai cabaran dari segi penjagaan kesihatan anak mereka. Oleh itu, penyelidik mencadangkan penempatan doktor pakar dan ahli terapi untuk kanak-kanak kurang upaya di hospital luar bandar Sabah bagi mengurangkan beban ibu bapa.

Item Type: Article
Keyword: Cabaran penjagaan kesihatan anak , Luar bandar dan pedalaman , Kanak-kanak kurang upaya , Pendekatan grounded theory dalam kajian kes , Kajian kes , Sabah
Subjects: R Medicine > RJ Pediatrics > RJ1-570 Pediatrics > RJ370-550 Diseases of children and adolescents
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Nov 2022 09:14
Last Modified: 10 Nov 2022 09:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34772

Actions (login required)

View Item View Item