Kajian komposisi dan pengasingan sisa pepejal di kawasan perumahan

Mohammad Tahir Mapa and Lokman Mohd Haris and Fionna Geogre and Molia Sebi Dinggai and Adi Japar and Aliakbar Gulasan (2019) Kajian komposisi dan pengasingan sisa pepejal di kawasan perumahan. GEOGRAFIA: Malaysian Journal of Society and Space, 15. pp. 117-128. ISSN 2680-2491 (P-ISSN) , 2682-7727 (E-ISSN)

[img] Text
ABSTRAK.pdf

Download (74kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (647kB) | Request a copy

Abstract

Taraf ekonomi yang semakin meningkat dan peningkatan jumlah penduduk menjadi antara faktor pendorong kepada peningkatan jumlah sisa pepejal di sesuatu kawasan. Lambakan ini secara umumnya akan memberi ke atas alam sekitar, terutamanya di kawasan bandar dan petempatan penduduk. Situasi semasa menunjukkan isu penjanaan dan komposisi sisa pepejal semakin membimbangkan, terutamanya di negara-negara membangun seperti Malaysia. Kajian ini bertujuan mengenal pasti komposisi sisa di kawasan perumahan dengan menggunakan pendekatan yang digunakan dalam Akta 672. Kaedah survei yang digunakan dalam kajian ini melibatkan sebanyak 100 orang responden kajian yang dipilih secara rawak daripada dua kawasan perumahan iaitu Taman Megah Jaya dan Kampong Rawa-Rawa. Kajian komposisi dilakukan melalui pengasingan dan penimbangan secara terus. Hasil kajian mendapati, wujud perbezaan jumlah sisa baki dan sisa kitar semula di kedua-dua kawasan. Walaupun perbezaan yang didapati tidak ketara, responden di kawasan perumahan kampung lebih cenderung untuk melakukan pengasingan sisa boleh kitar berbanding mereka yang tinggal di kawasan perumahan taman. Faktor kewangan diandaikan sebagai pendorong utama untuk mereka melakukan pengasingan dengan sebahagian besar daripada mereka menjual sisa kitar semula yang dikumpul. Oleh itu, aktiviti ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak dengan mengadakan usaha sama agar sisa kitar semula dapat diguna semula oleh pihak industri.

Item Type: Article
Keyword: Akta 672 , Kediaman , Komposisi sisa , Pengasingan sisa , Sisa kitar semula , Sisa pepejal
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD1-1066 Environmental technology. Sanitary engineering > TD783-812.5 Municipal refuse. Solid wastes
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Nov 2022 11:04
Last Modified: 15 Nov 2022 11:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34854

Actions (login required)

View Item View Item