Hubungan di antara kemiskinan keluarga dengan tahap pendidikan suku kaum Bajau di Daerah Semporna, Sabah

Begum Khaleeda Mohd Saip (2022) Hubungan di antara kemiskinan keluarga dengan tahap pendidikan suku kaum Bajau di Daerah Semporna, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (368kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Isu kemiskinan di Sabah adalah salah satu cabaran utama yang perlu ditangani dan harus dilihat sebagai suatu isu utama secara global. Hal ini kerana negeri Sabah mencatatkan kadar kemiskinan yang tertinggi di Malaysia serta kemiskinan dalam kalangan suku kaum merupakan satu komposisi yang sangat membimbangkan. Justeru itu, hampir keseluruhan suku kaum etnik yang terdapat di negeri Sabah mencatatkan kadar kemiskinan pada kadar di antara 24.2% hingga 75%. Oleh itu, kajian ini meneliti berkaitan dengan kemiskinan bandar dari aspek hubungkait kemiskinan dengan Pendidikan suku kaum masyarakat Bajau di daerah Semporna, Sabah. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini, iaitu (i) mengenal pasti profil kemiskinan bandar dalam kalangan masyarakat Bajau di Semporna, Sabah; (ii) mengkaji faktor penentu kemiskinan suku kaum Bajau di Semporna, Sabah; (iii) Meneliti cadangan ataupun langkah mengurangkan kemiskinan bandar dalam kalangan masyarakat Bajau di Semporna, Sabah. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah pendekatan penerokaan dalam talian dengan mengaplikasikan kaedah kuantitatif sebagai kaedah penyelidikan utama. Jumlah responden dalam kajian ini adalah seramai 50 orang yang terdiri daripada suku kaum masyarakat Bajau yang kurang berkemampuan ataupun miskin. Borang soal selidik ini diisi melalui google form yang disediakan oleh pengkaji dan dijawab secara dalam talian sahaja oleh responden. Teknik pengumpulan data yang digunakan adalah kaedah borang soal selidik dan temu bual langsung dan tidak langsung melalui aplikasi Google Meet bersama informan. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor yang menjadi penentu kemiskinan resppnden, iaitu tahap pendidikan, had pekerjaan, pendapatan rendah, pengangguran dan kos sara hidup yang tinggi. Tahap kesetujuan responden terhadap faktor kemiskinan tersebut adalah sangat tinggi. Selain itu, antara cadangan langkah untuk mengurangkan kemiskinan adalah dengan menetapkan had gaji minimum, memperluas peluang pekerjaan, memantapkan system pendidikan serta menyediakan karnival kerjaya kepada masyarakat di daerah tersebut. kesimpulannya, dapatan kajian ini adalah bermanfaat kepada disiplin ilmu geografi dalam skop kemiskinan khususnya serta penyelidik masa akan datang dan pembuat dasar untuk memastikan masalah kemiskinan dalam kalangan suku kaum masyarakat Bajau di daerah Semporna dapat dikurangkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Kemiskinan , Tahap pendidikan , Bajau , Semporna , Sabah
Subjects: H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions > HC94-1085 By region or country
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Mar 2023 14:34
Last Modified: 28 Mar 2023 14:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35289

Actions (login required)

View Item View Item