Sistem penanaman padi bukit di Kampung Logub, Kiulu, Sabah

Debbie Rane Linda Simon (2022) Sistem penanaman padi bukit di Kampung Logub, Kiulu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (368kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Pertanian padi bukit merupakan antara satu cara yang digunakan oleh petani dalam penanaman padi. Pertanian padi bukit ialah aktiviti pertanian padi oleh petani yang tinggal di kawasan tanah tinggi. Pertanian ini juga mempunyai variasinya tersendiri bagi menggambarkan keunikan sesuatu bangsa yang mengusahakannya. Perbezaan cara sistem penanaman padi bukit di setiap kawasan menyebabkan bidang kajian ini harus dikaji. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aktiviti penanaman padi bukit di Kampung Logub, Kiulu, Sabah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji sistem penanaman padi bukit dan faktor yang mempengaruhi petani terlibat dalam penanaman padi bukit. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dengan menggunakan temu bual dan kaedah pemerhatian. Data kajian dianalisis menggunakan transkrip verbatim, analisis naratif dan analisis kandungan. Hasil kajian yang diperoleh adalah berkaitan dengan sistem penanaman padi bukit di Kampung Logub yang dijalankan hanya sekali dalam tempoh setahun. Antara proses yang digunakan secara berperingkat ialah rumilik , managad , monutud , mongurak , momoom, mangasok , gumamas , momuhau , mongomot , dan mongihang . Petani ini juga masih mengekalkan penggunaan peralatan tradisional dalam menjalankan pertanian ini. Budaya warisan petani yang diwarisi secara turun-temurun menyebabkan mereka tetap menjalankan pertanian padi bukit. Penghasilan padi sebagai sumber makanan keluarga juga menyebabkan petani ini meneruskan penanaman padi bukit.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Sistem penanaman , Pertanian , Padi bukit , Petani
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture > SB1-1110 Plant culture > SB183-317 Field crops Including cereals, forage crops, grasses, legumes, root crops, sugar plants, textile plants, alkaloidal plants, medicinal plants
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Mar 2023 14:34
Last Modified: 28 Mar 2023 14:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35293

Actions (login required)

View Item View Item