Penggunaan perkhidmatan bas mini dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, Sarawak

Della Loo Anak Gansor (2022) Penggunaan perkhidmatan bas mini dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, Sarawak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (338kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penggunaan perkhidmatan bas mini dalam kalangan pelajar di sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, Sarawak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri penggunaan bas mini dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, Sarawak. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap kepuasan pelajar terhadap keberkesanan penggunaan perkhidmatan bas mini. Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan langkah penambahbaikan terhadap keberkesanan perkhidmatan bas mini dalam kalangan pelajar. Bagi mencapai objektif kajian ini, pengkaji mengaplikasikan gabungan dua pendekatan iaitu pendekatan kuantitatif berasaskan kaedah berbentuk tinjauan soal selidik yang melibatkan 35 orang pelajar yang menggunakan perkhidmatan bas mini dalam kajian ini. Manakala bagi pendekatan kualitatif pula adalah berasaskan kaedah berbentuk kajian kes yang melibatkan pemerhatian dan temubual tidak berstruktur bersama tujuh orang informan termasuk pemandu bas mini. Data soal selidik dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistic, teknik analisis deskriptif iaitu kekerapan, peratusan dan nilai min digunakan untuk menjelaskan dapatan kajian ini. Penemuan kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri penggunaan perkhidmatan bas mini dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, Sarawak mempunyai ciri khusus. Selain itu, dapatan kajian turut mendapati bahawa tahap kepuasan pelajar terhadap keberkesanan perkhidmatan bas mini dari aspek keselesaan, keselamatan dan kebolehsamapaian dengan nilai purata min tertinggi iaitu masing-masing 3.97, 4.06 dan 4.39. Di samping itu, dapatan kajian memperlihatkan bahawa cadangan penambahbaikan terhadap keberkesanan perkhidmatan bas mini dari aspek keselesaan, keselamatan dan kebolehsamapaian dengan nilai purata min tertinggi iaitu masing-masing 4.69, 4.57 dan 4.83. Oleh itu, dapatan kajian ini dapat membantu pihak berwajib untuk meningkatkan lagi tahap keberkesanan perkhidmatan bas mini yang disediakan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili , Bas mini , Tahap kepuasan pelajar , Keberkesanan , Penambahbaikan
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications > HE1-9990 Transportation and communications > HE199-199.5 Freight (General)
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Mar 2023 14:35
Last Modified: 28 Mar 2023 14:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35295

Actions (login required)

View Item View Item