Penggunaan grab semasa pasca pandemik covid-19 di Kota Kinabalu, Sabah

Divine Masa (2022) Penggunaan grab semasa pasca pandemik covid-19 di Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (310kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Pandemik Covid-19 yang diisytiharkan pada Mac 2020 telah menjejaskan banyak sektor ekonomi dunia akibat daripada pelbagai sekatan pergerakan yang dilaksanakan untuk mengawal penularan wabak penyakit ini. Antara sektor yang terjejas teruk ialah sektor pengangkutan awam khususnya perkhidmatan E-Hailing. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor penggunaan E-Hailing Grab semasa pasca pandemik Covid-19 serta cabaran dan kesan pandemik Covid-19 kepada penggunaan Grab di Kota Kinabalu, Sabah. Di samping itu, kajian ini turut dijalankan untuk mencadangkan langkah penambahbaikan yang boleh mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pengguna. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui soal selidik. Sebanyak 61 pengguna Grab di bandar Kota Kinabalu telah dijadikan sebagai responden kajian. Hasil dapatan mendapati bahawa faktor kebolehsampaian merupakan faktor dominan yang mempengaruhi penggunaan Grab oleh pengguna. Selain itu, cabaran utama pengguna Grab semasa pasca pandemik Covid-19 adalah had penumpang yang ditetapkan dan isu SOP yang tidak diamalkan sepenuhnya oleh pemandu Grab. Kesannya, ramai pengguna Grab merasa risau akan risiko penularan penyakit Covid-19. Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kualiti dan kepuasan pengguna ialah memastikan GrabCar sentiasa disanitasi dan berada dalam keadaan bersih. Secara keseluruhannya, syarikat dan pemandu Grab perlu berusaha dengan gigih lagi untuk memberi jaminan keselesaan dan keselamatan kepada pengguna terutamanya dalam tempoh pasca pandemik Covid-19 ini bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan kepuasan pengguna.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: E-Hailing , Grab , Covid-19 , Pasca pandemik , Pengguna
Subjects: H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions > HC94-1085 By region or country
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Mar 2023 14:35
Last Modified: 28 Mar 2023 14:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35297

Actions (login required)

View Item View Item