Impak media sosial dalam kalangan remaja. Kajian kes Pelajar sekolah menengah

Julia Juanis (2022) Impak media sosial dalam kalangan remaja. Kajian kes Pelajar sekolah menengah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (391kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Media sosial merupakan salah satu mod pengangkutan maklumat yang digunakan oleh masyarakat di Malaysia pada masa kini untuk menyampaikan sesuatu maklumat berkaitan isu semasa yang berlaku di dalam atau luar negara selain daripada television, radio dan surat khabar. Namun begitu, kecanggihan media sosial yang membolehkan sesiapa sahaja boleh menyebarkan semua maklumat di media sosial menyebabkan pergerakan maklumat tidak terbatas iaitu semua jenis maklumat sama ada sahih atau palsu tersebar. Kebebasan penggunaan media sosial tanpa had umur menyebabkan golongan remaja juga tidak terlepas untuk menggunakan media sosial. Oleh itu, kajian ini meneliti impak penggunaan media sosial dalam kalangan remaja pada masa kini. Kajian ini akan membincangkan mengenai tiga objektif yang utama iaitu mengenalpasti ciri-ciri penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Langkon, menganalisis impak media sosial kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Langkon dan meninjau langkah-langkah penambahbaikan penggunaan media sosial yang memberi impak positif. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan instrumen borang soal selidik terhadap 80 orang responden yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Langkon. Hasil penemuan mendapati terdapat tiga impak media sosial yang mencatatkan nilai min yang tinggi iaitu penggunaan data internet (4.32), tidak fokus pada pelajaran (4.03) dan tidak mendapat tidur yang mencukupi (4.0). Kajian ini juga mencadangkan langkah-langkah penambahbaikkan penggunaan media sosial yang memberi impak negatif.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Pengangkutan maklumat , Media sosial , Remaja , Impak negatif
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > HN1-995 Social history and conditions. Social problems. Social reform
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 30 Mar 2023 12:32
Last Modified: 30 Mar 2023 12:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35303

Actions (login required)

View Item View Item