Keberkesanan strategi pengusaha perusahaan kecil dan sederhana dalam meneruskan kelangsungan ekonomi sepanjang tempoh perlaksanaan perintah kawalan pergerakan di Gerai Sayur Kundasang, Sabah

Nur Izzan Kasinin (2022) Keberkesanan strategi pengusaha perusahaan kecil dan sederhana dalam meneruskan kelangsungan ekonomi sepanjang tempoh perlaksanaan perintah kawalan pergerakan di Gerai Sayur Kundasang, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (290kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Wabak Pandemik COVID-19 telah menyebabkan banyak negara terpaksa melaksanakan sekatan rentas daerah dan kawalan pergerakan. Perusahaan Kecil dan Sederhana adalah antara sektor yang terkesan secara langsung akibat daripada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti impak yang dihadapi oleh pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana ketika Perintah Kawalan Pergerakan di Gerai Sayur Kundasang Ranau, Sabah. Kajian ini turut menganalisis strategi dan alternatif yang dijalankan oleh pengusaha bagi meneruskan kelangsungan ekonomi, seterusnya menilai keberkesanan strategi tersebut. Pendekatan kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik telah digunakan bagi mengutip data. Borang soal selidik diedarkan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada pengusaha Gerai Sayur Pekan Kundasang, Sabah. Hasil kajian mendapati perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah memberikan impak ketara kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana di Kundasang iaitu berlaku kekurangan pendapatan, kerosakan barang jualan, kekurangan pembeli, waktu beroperasi yang terhad, masalah lambakan hasil pertanian, pengurangan pekerja, rantaian penghantaran terjejas dan tidak boleh berjualan di lokasi biasa. Namun begitu, didapati bahawa pengusaha telah menjalankan beberapa strategi bagi mengatasi impak tersebut iaitu dengan mendapatkan bantuan daripada kerajaan secara one off, mengubahsuai produk sayur-sayuran ke dalam bentuk produk yang lain seperti kerepek, serunding, jeruk dan lain-lain, serta mengikuti projek komuniti projek Kundasang Cashless Agro Supply.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Perusahaan Kecil dan Sederhana , Ekonomi , PKS
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD72-88 Economic growth, development, planning
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 30 Mar 2023 12:34
Last Modified: 30 Mar 2023 12:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35304

Actions (login required)

View Item View Item