Amalan dan inisiatif peniaga pasar minggu untuk meneruskan kelangsungan ekonomi sepanjang tempoh pergerakan (PKP): kajian kes di Pekan Ranau, Sabah

Jessie Padisan (2022) Amalan dan inisiatif peniaga pasar minggu untuk meneruskan kelangsungan ekonomi sepanjang tempoh pergerakan (PKP): kajian kes di Pekan Ranau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (705kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia telah menjejaskan banyak sektor seperti sektor perniagaan yang dijalankan oleh Industri Kecil Sederhana (IKS) disebabkan oleh penguatkuasaan perintah kawalan (PKP) yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan virus ini dalam kalangan masyarakat. Semasa tempoh PKP dijalankan banyak peniaga yang terjejas sumber pendapatannya kerana tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Oleh itu, tindakan dan inisiatif perlu dilakukan oleh para peniaga pasar minggu bagi meneruskan kelangsungan ekonomi dan sumber pendapatan mereka. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti profil dan ciri-ciri perniagaan pengusaha pasar minggu di pekan Ranau, Sabah, meneliti kesan perintah kawalan pergerakan (PKP) terhadap aktiviti perniagaan pasar minggu pekan Ranau dan mencadangkan langkah dan usaha yang boleh dilakukan oleh para peniaga pasar minggu untuk meneruskan kelangsungan ekonomi semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP). Seramai 35 orang responden yang terdiri daripada peniaga pasar minggu di pekan Ranau, Sabah telah terlibat dalam kajian ini. Satu set soalan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang mengandungi 4 bahagian menggunakan pengukuran berskala liket. Data kajian dianalisis denga menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS). Secara keseluruhan perintah kawalan pergerakan PKP yang dilaksanakan sememangnya menjejaskan para peniaga pasar minggu di pekan Ranau, Sabah. Walaubagaimanapun, para peniaga pasar minggu di pekan Ranau menjalankan amalan dan inisiatif bagi meneruskan kelangsunagn ekonomi mereka semasa tempoh PKP dilaksanakan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Peniaga pasar minggu , Impak pandemik COVID-19 , Perintah kawalan pergerakan , PKP , Kelangsungan ekonomi , Amalan dan inisiatif
Subjects: H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions > HC94-1085 By region or country
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 30 Mar 2023 12:39
Last Modified: 30 Mar 2023 12:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35308

Actions (login required)

View Item View Item