Jenayah keganasan rumah tangga bagi wanita di usia perkahwinan muda: Kajian kes di Kota Kinabalu, Sabah

Meza Anak Mendau (2021) Jenayah keganasan rumah tangga bagi wanita di usia perkahwinan muda: Kajian kes di Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (718kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini adalah kajian tinjauan yang mengkaji jenayah keganasan rumah tangga dalam kalangan wanita di usia perkahwinan muda dan satu kajian kes di Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan dan pengalaman wanita berkahwin mengenai faktor keganasan rumah tangga, kesan keganasan rumah tangga serta cadangan langkah bagi pengurangan kadar jenayah ini. Kajian yang dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif ini dilaksanakan kepada wanita berkahwin yang terdapat di kawasan Kota Kinabalu, Sabah melalui kaedah temu bual dan soal selidik sepenuhnya sebagai instrument kepada 86 wanita berkahwin di Kota Kinabalu bagi mengeluarkan tema utama serta sub-sub tema untuk menyokong dapatan kajian. Dapatan kajian turut dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sciences (SPSS) versi 28.0.0.0 (190) untuk mendapatkan peratusan dan min bagi mesntrukturkan tema-tema selaras dengan borang soal selidik, google form dan temu bual yang diperolehi daripada responden. Dapatan kajian mendapati tiga tema faktor keganasan rumah tangga memiliki kekerapan tertinggi iaitu faktor dalaman mangsa, sifat peribadi pelaku dan faktor pengaruh persekitaran. Bagi tema kesan pula terdapat dua tema iaitu dari segi kecederaan fizikal, kecederaan psikologi turut diikuti dengan empat tema langkah pengurangan jenayah iaitu cadangan yang dilakukan mangsa, perkhidmatan daripada pihak bertanggungjawab, pengetahuan mangsa mengenai akta dan undang-undang serta program pemulihan mendapat sokongan daripada responden. Kajian menunjukkan bahawa peranan pihak polis, masyarakat, peranan kerajaan dan peranan pihak bertanggungjawab yang lain harus menumpukan dalam mengurangkan jenayah keganasan rumah tangga bagi wanita berkahwin pada usia muda. Terdapat beberapa cadangan kajian berterusan bagi pengkaji yang berminat meneruskan kajian ini juga turut dicadangkan langkah pengurangan bagi membantu kajian pada masa akan datang

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Jenayah , Keganasan , Rumah tangga , Wanita berkahwin , Usia perkahwinan muda , Kota Kinabalu , Sabah
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 30 Mar 2023 12:41
Last Modified: 30 Mar 2023 12:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35310

Actions (login required)

View Item View Item