Malaysia dan isu penganiayaan etnik minoriti Rohingya

Fianly Masuie (2022) Malaysia dan isu penganiayaan etnik minoriti Rohingya. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (399kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini membincangkan mengenai Malaysia dan isu penganiayaan etnik minoriti Rohingya. Sejak akhir tahun 1980-an gelombang penghijrahan etnik minoriti Rohingya ke negara Malaysia menjadi isu hangat sehingga kini. Penghijrahan secara besar-besar golongan ini ke negara jiran termasuk Malaysia dipengaruhi oleh sistem perlembagaan Myanmar yang sering berubah-ubah sehingga pelanggaran-pelanggaran hak asasi manusia terus menghantui etnik minoriti Rohingya. Kebanjiran pelarian etnik minoriti Rohingya di Malaysia memberikan kesan yang mendalam kepada negara untuk mengurus golongan ini, yang mana ianya melibatkan kos perbelanjaan pengurusan yang melambung tinggi. Selain itu, adalah mustahil bagi negara Malaysia sebagai negara ketiga untuk terus-menerus menerima pelarian Rohingya dalam negara dan perlunya isu Rohingya ini diberikan perhatian yang lebih serius agar golongan ini tidak lagi membanjiri negara jiran serta dapat menjalani hidup yang lebih tenteram di negaranya iaitu Myanmar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk menjayakan penulisan ini. Oleh itu, hasil kajian mengetengahkan punca-punca pelarian etnik minoriti Rohingya ke Malaysia. Selain itu, menghurai cabaran-cabaran komuniti etnik Rohingya yang ada di Malaysia seterusnya menyatakan usaha-usaha Malaysia untuk menampung kehadiran Rohingya di dalam negara. Malaysia lebih tegas di peringkat organisasi antarabangsa untuk mengesa pihak yang bertanggungjawab seperti PBB, ASEAN dan OIC dalam mencari alternatif efektif untuk menyelesaikan isu pelarian Rohingya. Pelarian Rohingya di Malaysia hanya bergantung kepada peranan UNHCR Malaysia untuk terus hidup dan juga NGO-NGO yang berkaitan dengan kerajaan Malaysia serta khidmat bantuan kemanusiaan daripada masyarakat Malaysia. Malaysia juga menggunakan hubungan bilateral dengan Myanmar untuk menyelesaikan isu Rohingya. Isu pelarian Rohingya akan menemui jalan penyelesaian sekiranya kerajaan Myanmar memberikan kerakyatan kepada kaum minoriti Rohingya di dalam negaranya.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Isu pelarian Rohingya , Hak asasi manusia , ASEAN , PBB , OIC , UNHCR , Malaysia-Myanmar
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 30 Mar 2023 12:42
Last Modified: 30 Mar 2023 12:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35315

Actions (login required)

View Item View Item