Cabaran semasa asean dalam menghadapi pandemik

Muhammad Amat Paijo (2022) Cabaran semasa asean dalam menghadapi pandemik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (350kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Penyebaran penyakit respiratori COVID-19 bermula pada penghujung tahun 2019 yang dikatakan berpunca dari Wuhan, China telah menggugat kestabilan sistem kesihatan global sehingga mengakibatkan kegoyahan dalam pelbagai aspek lain meliputi politik, ekonomi, sosial kemasyarakatan dan sebagainya. Sepanjang penularan wabak pandemik ini, terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Malaysia dan Indonesia selaku negara teras Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Kajian ini akan mengenal pasti kekangan yang terpaksa dihadapi oleh kedua-dua buah negara dalam usaha untuk memenuhi kepentingan keselamatan kesihatan masyarakat dan melindungi kepentingan sosial ekonomi negara. Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian, pengkaji telah mendapati bahawa reaksi dan tindak balas negara-negara ini ketika berhadapan dengan novel Coronavirus adalah bertujuan bagi mencapai sasaran primary interest selain keberkesanan strategi drastik yang dilaksanakan ini akan membolehkan kemampanan nasional diperolehi selaras dengan tuntutan kelangsungan negara dalam sistem antarabangsa. Izharlah bahawa konsep kepentingan nasional merupakan sebahagian daripada elemen vital dalam pembentukan sesebuah polisi mahupun dasar negara.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Malaysia , Indonesia , ASEAN , COVID-19 dan kepentingan nasional
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 30 Mar 2023 12:43
Last Modified: 30 Mar 2023 12:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35316

Actions (login required)

View Item View Item